CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16799|Reply: 156

[Tempatan] Jakim: Mi Ramyeon Korea halal, tiada DNA babi

[Copy link]
Post time 14-6-2016 07:45 AM | Show all posts |Read mode
Jakim: Mi Ramyeon Korea halal, tiada DNA babi



13 Jun 2016, 6:07 petang   

Mi segera Ramyeon daripada Korea mempunyai tidak mempunyai bahan meragukan dan mempunyai sijil halal Persekutuan Muslim Korea (KMF), menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kenyataan bahagian hab halal jabatan itu menjelaskan pengeluarnya patuh terhadap piawaian ditetapkan, malah pemantauan berkala turut dilaksanakan.

“Kenyataan ini diperkukuhkan lagi, turut disokong dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia yang mana tiada DNA babi dikesan pada produk tersebut,” katanya.

KMF satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf Jakim.

Jakim juga menasihatkan pengguna supaya tidak menyebarkan maklumat palsu berkaitan status makanan segera itu – yang turut viral dan “menerjah” akaun hab halal Jakim.

Maklumat palsu itu antaranya mendakwa terdapat kesan babi dalam produk itu.


VIRAL MEE SEGERA RAMYEON - SAMYANG:- BHG III
Viral mengenai status halal produk ini kembali menerjah akaun FB Bahagian Hab Halal.
Untuk makluman pengguna, buat masa ini Korean Muslim Federation (KMF) adalah merupakan satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf oleh Jakim.
Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan oleh mereka beberapa bulan yang lalu, didapati bahawa produk mee segera ramyeon tidak mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil halal (KMF) yang sah sehingga kini.
KMF mendakwa bahawa, syarikat pengeluar patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan, malah pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF
Kenyataan ini diperkukuhkan lagi / turut disokong dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia di mana TIADA DNA BABI dikesan pada produk tersebut.
Sehubungan itu pengguna adalah dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan. Sila semak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim
Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
📧[email protected]
☎ 03-8892 5000/1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2016 07:53 AM | Show all posts
mana 1 maklumat yg betul ni..
kdg2 dgn JAKIM pun..x confiden lahhh..
tp sedap sgt ke mee ni...x pernah mkn pun
was2 jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 07:55 AM | Show all posts
haryatie replied at 14-6-2016 07:53 AM
mana 1 maklumat yg betul ni..
kdg2 dgn JAKIM pun..x confiden lahhh..
tp sedap sgt ke mee ...

tu la pening...kjp halal..kang jp kata haromm....
aku tgk org mkn sdp jek..
nk gak merasa...
dh kata halal....igt nk cari blk nti...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 07:56 AM | Show all posts
walaupun mee ni halal tp bg aku tak sedapla
sedap lg cintan mee kari
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
haryatie replied at 14-6-2016 07:53 AM
mana 1 maklumat yg betul ni..
kdg2 dgn JAKIM pun..x confiden lahhh..
tp sedap sgt ke mee ...

Check logo kmf lah sis...yg ada gambar masjid kaler hijau...
Kmf mmg pergi check kilang n mesin...
Sama jah konsepnya dgn cheese biskut2 sos2 import dr aussie thailand bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:07 AM | Show all posts
maggi asam laksa jugak yg sedap sis..
tapi dok tgk oppa2 makan... macam sedap je ramyeon...
rasa sendiri tak sedap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2016 08:08 AM | Show all posts
bodoh nak mampus tukang viral ni... gile menyampah....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:11 AM | Show all posts
sedap gak la mee ni..akak dah rasa..tahap pedas tu taklah kaw sangat pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2016 08:13 AM | Show all posts
annehuda replied at 14-6-2016 07:56 AM
walaupun mee ni halal tp bg aku tak sedapla
sedap lg cintan mee kari

Tak kena dengan selera org malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bende di sah kan halal gedik plak difitnah ber dna babi. Kang sumbat babi betol2 dlm mulot kepoh pulak nak samak darah. Manusia serupa gini mmg hina dina.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
aritu kata halal lps tu tarik balik rasanye.ada bc blog mana tah kilang ni ada jgk buat yg perisa babi so bercampor la jgk konsepnye mesin2 yg digunakn.wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:22 AM | Show all posts
aku tak paham lar diorang ni semua,...
bila makanan tu takde tanda halal, meroyan2 suruh dapatkan pengesahan jakim... bila jakim dah sahkan halal... pergi korek2 ke lubang cacing nak menidakkan pengesahan jakim...

apa yang korang (tukang viral fb) nak sebenarnya haa??
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:27 AM | Show all posts
aku tau kewujudan menda alah neh bila tgk go shop satu ketika dulu.bila tgk kat go shop tu sah2la terliur manjang.beli kat aeon tak sodap pun.menyesal beli
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:34 AM | Show all posts
budak2 zaman skang suka mkn me ni
pedas nak mampos, mahal pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak kalau megi korea ini cuma lalu dengan Nong Shim saja. Brand lain akak tak terliur.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:34 AM | Show all posts
tak paham aku... so far aku menjual ni x dan restok dah abis...

ada gak yg tanya..halal ke?..

bagi aku senang ja.. kalau was2 jgn mkn dik...

yg acik jual tepi jalan..atas lori...bazar tu awat tak tanya halal ke tak?...

bagi aku ..bolehlaaaa.... ..tekak org malaysia kot... asal pedas jer sedap kot...

konspirasi kot...takut jenama lain x laku...  akhirat nanti menjawablaaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2016 08:35 AM | Show all posts
Mee apa ni? Maggi, Cintan bagai tu pun tak berapa nak makan.
Sedap lg layan makan kat seoul garden.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bg aku ok2 je mee ni.nak cakap pedas gila tak kot.sbb mee kari letup ke apa ke aku kalau masak boh cili api tumbuk lg..tp dia ada satu rasa kdg2 buat aku mual
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
lg satu bnda yg diviralkn oleh ummah takfiri sunni malaesia
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
umma sunni mmg sinonim dgn viral viral ni... method yg sama digunakan oleh isis sympathisers.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.054036 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list