View: 3860|Reply: 8
|
Siapa Pernah Letak Duit Syiling 20 Sen Dalam Kad Raya?
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Mengenang kad raya, pasti sedih. Mana tidaknya, dahulu kita pasti akan teruja menantikan kad raya.
Dan sudah pastilah abang posmen akan terkenal dan merupakan tetamu yang diundang.
Bagaimana cara anda menulis kad raya dulu-dulu? Lain daripada yang lain tak? Bab pantun tak payah nak cakap. Majoriti berpantun dalam kad raya. Betul tak?
Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.
Penulis nak tanya, siapa pernah letakkan syiling 10, 20, 30 atau 50 sen dalam kad raya? Tampal pula dengan 'tape'. Konon-kononnya beri duit rayalah kepada si penerima. Si penerima pun apa lagi, buka saja kad raya teruja habis.
Nostalgia kan? rasa-rasanya bolehlah ajar kepada anak-anak buat begitu. Sekurang-kurang mereka dapat merasai pengalaman kita dahulu. Sesiapa masih simpan kad raya lama berserta duit syiling yang ditampal, kongsikanlah dengan CARI ya. - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
kad2 raya nostalgia tu ade d rmh lama. x dpt nk share.kalau x mesti kelakar tgk pantun2 kawan2 tulis. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah tekap duit 50sen atas kertas buku tulis, pastu gunting lekat dalam kad raya |
|
|
|
|
|
|
|
pergi mydin ohhh ada lagi jual kad raya hari ni...syukurlah |
|
|
|
|
|
|
|
pernah .. lekat duit seposen, dua posen
bila dah kawen .. letak duit singgit bagi kat anak2 kawan hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah lekat duit sebegitu selalu sekadar balas kad je meklum le peminat ramai time tu |
|
|
|
|
|
|
|
pernahhh. comel je zaman dolu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah! Bestnya la zaman dulu2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|