|
oleh Adib Za
Kisah cinta pelakon Erra Fazira dan juara Akademi Fantasi 8, Shahir kembali menjadi bualan selepas pihak lelaki telah 'membuka mulut' tentang hal tersebut.
Erra juga menyatakan rasa leganya selepas Shahir mengakui hubungan mereka berdua.
“Memang saya lega, bila akhirnya Shahir membuka mulut, dalam masa yang sama mengurangkan beban saya untuk berhadapan perkara ini seorang diri," terangnya.
Mengakui pernah mengimpikan lelaki yang lebih tua darinya, namun siapalah kita untuk menolak ketentuan tuhan.
“Saya pernah berniat untuk mencari orang yang lebih tua dan macam-macam lagi, tetapi bila hati terima ciri-ciri (lelaki muda) begini, sukar untuk saya menidakkannya.
“Kita masih tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan, saya serahkan soal jodoh ini kepada takdir sahaja, sebab Allah sahaja yang mempunyai kuasa terhadap hati saya,” ujar Erra yang mempunyai beza usia 14 tahun dengan Shahir. - CARI
Sumber: Utusan Malaysia
Foto Ihsan Instagram Erra |
|