View: 8061|Reply: 20
|
Marina Mendedahkan Rahsia Kasih Sayang Sejati Tun Mahathir & Siti Hasmah
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: FB Marina Mahathir
Selama 13 tahun, sejak bersara sehingga sekarang, bekas Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir Muhamad masih kelihatan aktif bukan sahaja di media tempatan mahupun antarabangsa.
Tidak kira dalam apa jua majlis, bekas Perdana Menteri tersebut sentiasa diberi sokongan padu oleh isteri, Tun Dr Siti Hasmah.
Mereka berdua bakal meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-60 pada bulan Ogos ini.
Anak perempuannya Marina Mahathir, baru-baru ini memuat naik satu status di facebook miliknya untuk berkongsi rahsia ibu bapanya, walaupun sudah lanjut usia dan sekian lama berkahwin, namun mereka masih begitu menyayangi antara satu sama lain.
Menurut Marina, ibu bapanya telah berkenalan pada zaman persekolahan dan mereka berkawan dalam tempoh yang agak lama, barulah ayahnya berkahwin dengan ibunya ketika umur 31 tahun, ketika itu adalah dianggap kahwin lewat.
Datuk kepada Marina iaitu ayah kepada ibunya Siti Hasmah merupakan seorang lelaki guru agama yang berpegangan agama yang kuat. Datuk sentiasa ambil berat dan memastikan anak perempuannya memperolehi tahap pendidikan yang terbaik.
" Ketika ibu belajar jurusan kedoktoran di Universiti Malaya di Singapura, atuk dan nenek memberi sokongan sepenuhnya."
"Ketika ibu bapa saya memasuki era perkahwinan, mereka sudah memahami dan menerima dengan sepenuh hati kelakuan dan tabiat masing-masing. "
"ada pendapat saya itulah rahsia sebenar kebahagiaan perkahwinan yang mampu mengekalkan hubungan mesra suami isteri buat selama-lamanya. "
sumber foto: FB Marina Mahathir
Di statusnya, Marina juga menyatakan ibu bapanya merupakan contoh teladan seisi keluarga. Seluruh ahli keluarganya sejak kecil dah mula cium dan peluk mak dan ayah serta orang tua. Datuk dan nenek akan cium dahi mereka, setiap kali keluar rumah.
Oleh itu, semua generasi muda dalam keluarga mudah meluahkan perasaan diri, jadi sekiranya nampak Mahathir berpegang tangan sambil bersiar-siar dengan seorang gadis muda yang tinggi dimana-mana sahaja, harap jangan salah faham kerana gadis muda itu adalah cucunya yang berumur 12 tahun.
Pernah ada seorang ahli politik wanita bercakap begitu dengan Mahathir, "Orang lelaki memang bernasib baik, mereka boleh menjadi ahli politik tanpa mendapatkan kebenaran daripada isteri."
Ketika itu, Mahathir menjawab : "Siapa yang kata?"
sumber foto: FB Marina Mahathir
Marina turut memuat naik sekeping gambar ibu bapanya duduk bersama, dan kelihatan mereka meletakkan cengkerang siput di bahagian telinga masing-masing, seolah-olah sedang berbual menggunakan telefon.
Dalam penghujung statusnya, Marina menyatakan ibu bapanya bukan sahaja mesra berkomunikasi, malah saling mempunyai persefahaman dan sifat berjenaka yang sama.
Dalam masa satu hari sahaja, status tersebut telah dikongsikan oleh lebih enam ribu orang dan kira-kira 60 ribu orang memberi tanda 'like'. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ini baru sweeeeet. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgu la pokjib ngn kak mah mesra2 gini..
Nnt.ramai la.mncemar duli memuji.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang suka buat drama dengan tajuk suamiku....isteriku.... encik.... cik....mr...miss bagai tu kena belajar something dari love story gini. Try la create love story cerdik sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
sweetnya diorang...suka tengok.. |
|
|
|
|
|
|
|
suka kapel ni
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat marina ni pernah buat lawak psl rambut pelesu mak dia....kuang ajaq sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kesahlah apa yang orang nak cakap still the best prime minister ever. Tun siti hasmah sangat humble. Kawan stewardess cerita sebab diorang bagi layanan baik dalam flight, tun berdua yang sibuk nak amek gambar dengan diorang. Bayangkan. Siap panggil my friend 'anak' lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kesahlah apa yang orang nak cakap still the best prime minister ever. Tun siti hasmah sangat humble. Kawan stewardess cerita sebab diorang bagi layanan baik dalam flight, tun berdua yang sibuk nak amek gambar dengan diorang. Bayangkan. Siap panggil my friend 'anak' lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok tengok pasangan orang tua macam ni nampak sweet sgt |
|
|
|
|
|
|
|
PM yg plg terbaik yg Malaysia pernah ada. Tak la malu nak mengaku rakyat Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
comel sangat..... sembang ngan cengkerang.....membesar dengan pemerintahan Tun.... bersyukur sangat2... Tun M PM TERBAIK.... |
|
|
|
|
|
|
|
Faktor didikan mereka melahirkan anak yang tahu menghargai |
|
|
|
|
|
|
|
Atok nenek ak baik2 jah xde bercerai pun... xde pulak masuk akhbar bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak bandingkan dgn atok nenek sendiri. tun berdua satu dunia kenal, atok nenek kita satu kg je kenal. bila cakap atok nenek kita ok je, tak masuk akhbar pun, bunyi mcm menyampah kat tun berdua. |
|
|
|
|
|
|
|
tun det antara lelaki terhebat di dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|