oleh AdibZA
Permainan Pokemon Go yang semakin menjadi fenomena bukan sekadar permainan biasa rupanya.
Memetik laman Independent, beberapa remaja yang mempunyai masalah perasaan cemas, berasa gangguan mental mereka semakin berkurang bila bermain aplikasi tersebut.
Malah, mereka yang suka memerap di dalam bilik dan rumah kini mempunyai motivasi untuk bergerak aktif serta keluar rumah.
Menurut seorang pengguna, Lola Phoenix, 28 permainan itu membantu memperbaiki mood dan mengurangkan rasa depresi.
Ia juga boleh dimainkan seisi keluarga, bukan sahaja anak-anak yang bakal teruja malah banyak respon di kalangan ibu bapa yang menggemari permainan comel daripada Pokemon ini.
Interaksi, hubungan sosial dan pembelajaran sering diperlukan untuk menjadi pokemon tertentu. Akhirnya sebuah permainan yang baik untuk satu keluarga kan! - CARI
Sumber foto: Carian google
|