CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1502|Reply: 1

Diselaraskan Ikut Zon Berhubung Kadar Parkir Sekitar KL- Tengku Adnan

[Copy link]
Post time 29-7-2016 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO









Hasil rungutan daripada pengguna, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil keputusan untuk menyelaras semula kadar baharu tempat letak kenderaan yang berkuat kuasa pada 18 Julai lalu mengikut zon.


Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan penyelarasan ini, kadar parkir di pusat bandar adalah RM1.50 bagi jam pertama dan RM2.50 jam kedua dengan tempoh maksimum dua jam.


Sementara itu bagi luar pusat bandar beraktiviti tinggi seperti Bangsar, Bukit Damansara, Jalan Ipoh, Taman Maluri dan Sentul, kadar bayaran ditetapkan pada RM1 bagi jam pertama dan seterusnya.


Bagaimana pun, tiada had maksimum tempoh parkir ditetapkan bagi kawasan tersebut.


Manakala kadar bagi kawasan luar pusat bandar sepeti Danau Kota, Sungai Besi, Tam Tun Dr Ismail dan Segambut, ditetapkan pada 80 sen bagi jam pertama dan berikutnya tanpa sebarang tempoh maksimum.


DBKL juga menyediakan pas bulanan bagi setiap zon yang boleh dilanggani secara atas talian melalui laman web www.citypark.my.


Ini jelas menunjukan pihak DBKL sebagai agensi kerajaan yang prihatin dan saksama dalam menjalankan urusan semasa diatasi.- CARI







sumber info : Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2016 04:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Prihatin la sangaaaatttttttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.180122 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list