Cappadoccia, Turki merupakan destinasi yang tidak asing lagi dikalangan pelancong tempatan dan juga luar.
Perjalanan ke Cappadoccia dari Instanbul adalah kira-kira 12 jam jika menaiki bas. Jika dari Antalya pula, iaitu sebuah bandar yang terletak disebelah selatan Turki, jarak perjalanan yang diperlukan adalah sekitar 8-10 jam.
Cappadocia adalah tempat yang sangat unik dan bersejarah. Antara keistimewaan yang terdapat disini adalah hotel didalam gua, belon udara, Goreme Open Air Museum dan banyak lagi tempat-tempat yang sangat menarik. Boleh dikatakan kebanyakan bangunan disini semuanya berada didalam gua batu.
Fotot - www.lonelyplanet.com
Pengalaman menikmati pemandangan indah dari belon udara sementara menunggu matahari terbenam adalah sesuatu yang pasti tidak dapat dilupakan oleh pengunjung. Destinasi ini juga amat disyorkan kepada pelancong muslim kerana anda tidak akan mengalami sebarang masalah untuk mencari makanan halal di negara Islam ini.
Jom kita lihat keindahan yang terdapat di Cappadoccia. Jika ada rezeki, mungkin suatu hari nanti bolehlah berkunjung ke Cappadoccia. - CARI