CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2563|Reply: 5

Tahukah Anda Putih Telur Boleh Hilangkan Kesan 'Stretch Mark'?

[Copy link]
Post time 16-8-2016 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Pelbagai cara dan produk telahpun anda cuba. Namun, ia langsung tidak memberi kesan hilang buat stretch mark atau kesan regangan pada kulit. Apatah lagi jika baru melahirkan anak, pasti kesan regangan tersebut tampak jelas sangat. Kadang-kadang malu pula dengan suami. Ia sebenarnya tanda normal pada setiap ibu yang bersalin.  

Stretch mark ini juga biasa dialami oleh ibu yang mengandung. Ada juga yang mengenalinya sebagai perut berakar dengan garis-garis putih, merah mahupun coklat di permukaan kulit perut, peha dan tempat-tempat yang berlemak.  

Telur dikatakan mempunyai khasiat yang baik untuk kulit terutama dalam mengatasi masalah stretch mark. Betul ke? Ha, wajib cubalah.



Foto : www.nowchild.com.ng



Berikut merupakan langkah-langkah untuk menghilangkan stretch mark dengan menggunakan putih telur. Selamat mencuba!

1. Pecahkan dua biji telur dan asingkan antara kuning telur dengan putih telur. Untuk menghilangkan stretch mark anda hanya memerlukan putih telurnya sahaja. Kemudian, kacau putih telur tersebut, tak perlu terlalu lama.

2. Sapukan putih telur tersebut pada kawasan stretch mark.

3. Biarkan putih telur tersebut mengering pada kulit. Kemudian, bila dengan air sejuk dan sebaiknya keringkan menggunakan tuala.

4. Titiskan minyak zaitun pada tempat stretch mark dan urut perlahan-lahan bagi memastikan peredaran darah berjalan dengan lancar. Kalau boleh lakukan kaedah ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Sumber: OMM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2016 10:09 AM | Show all posts
Info yang anda share sangat berguna
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 12:04 PM | Show all posts
ok boleh try nt...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 01:55 PM | Show all posts
tq for info
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2016 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
aii guna azanis. so far sekarang ni dh mkin pudar strechmark tu. kko x garis2 tu nampak terang gile. hilang kenyakinan uolls
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ilysm replied at 31-8-2016 11:38 AM
aii guna azanis. so far sekarang ni dh mkin pudar strechmark tu. kko x garis2 tu nampak terang gile. ...

Oo azanis ni berkesan ke.i ingatkan produk pseudo je.dia lebih kurang mcm bio oil la ye.berapa lama u guna nak bagi garis2 tu hilang.boleh la i try lepas ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055724 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list