CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7758|Reply: 86

[Tempatan] Anak Dara Emas

[Copy link]
Post time 18-8-2016 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Star_el at 18-8-2016 04:57 PM

Gesa beri perhatian masalah 'anak dara emas'

18 OGOS 2016



Gambar Hiasan


ALOR SETAR - Semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) disaran agar turut memberi perhatian kepada isu golongan 'anak dara emas' yang belum berkahwin.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata golongan ini yang terdiri daripada golongan profesional seperti pensyarah,  janda atau wanita muda yang hidup sekian lama tanpa pasangan.
"Berdasarkan pengalaman saya melalui sebuah syarikat yang saya tubuhkan bersama sebuah NGO sebelum ini yang bertujuan untuk mencari jodoh dan menggalakkan perkahwinan sah, pada bulan pertama sahaja kami berjaya mendaftar 25 kes (wanita tidak berkahwin).
"Dan daripada jumlah ini, 10 daripada mereka adalah wanita profesional yang bekerja di pusat pengajian tinggi sama ada sebagai pensyarah atau ahli akademik," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Beliau menjawab soalan Mohd Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) yang ingin tahu langkah kerajaan dalam mengatasi masalah perceraian yang semakin meningkat dan keperluan untuk mengadakan kursus pascaperkahwinan bagi mengatasi masalah itu.   
Mohd Rawi berkata kebanyakan wanita tersebut yang mempunyai status kewangan yang kukuh mengakui malu dalam hal berkaitan mencari jodoh dan enggan dikatakan seperti pepatah 'perigi mencari timba'.
Sementara itu bercakap kepada pemberita di luar Dewan, beliau mempersoalkan tindakan NGO bagi menangani masalah tersebut sedangkan mereka begitu agresif dan menentang poligami.
"Apa tindakan NGO ini sehingga golongan wanita profesional turut menjadi   kumpulan sasaran warga asing yang menjalankan kegiatan 'love scam' dengan menipu duit mereka, sedangkan mereka juga dahagakan cinta dan memerlukan suami," katanya.
Terdahulu ketika menjawab soalan Aishah Ghazali (Pas-Merbau Pulas) mengenai kadar perceraian di Kedah, Mohd Rawi berkata kadarnya adalah membimbangkan apabila berlaku peningkatan iaitu 5,184 kes pada tahun 2015 berbanding 4,803 kes pada 2014.
Beliau kes khalwat turut meningkat iaitu 387 kes pada 2014 dan 440 kes pada tahun 2015.     
Mohd Rawi turut meminta Jabatan Peguam Negara agar berbincang dengan Majlis Kehakiman Negeri Kedah bagi mengurangkan masalah ribuan anak tidak sah taraf yang biasanya berlaku di negeri yang bersempadanan dengan Thailand.
"Negeri yang tiada sempadan mungkin tiada isu macam ini. Saya boleh buktikan ribuan kes di luar sana yang memerlukan undang-undang sedia ada dikendurkan sedikit," katanya dan menambah memang sudah terdapat undang-undang berkaitan yang jelas namun, boleh ia diubah sesuai dengan memenuhi kehendak masyarakat. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/nasional/gesa-beri-perhatian-masalah-anak-dara-emas-1.553601




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2016 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Berseorangan lebih baik dari berdua yg memeningkn kepala.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:01 PM | Show all posts
Oooo.. anak dara emas tu ganti nama sopan bagi anak dara tua rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:08 PM | Show all posts
ingatkan anak dara menang pingat emas ke.
rupanya anak dara tua. hmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2016 05:09 PM | Show all posts
Memula aku ingat anak dara emas tu anak dara yg ditatang bagai minyak yg penuh sampai tak reti buat kerja pape. Rupanya kisah nak "membela" nasib wanita.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kawan2 aku yg belum ada jodoh lg. Pantang silap or bertegas sikit, org dah mengata luar dlm mcm2. Bersabar kawan2 ku. Allahkan ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2016 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ku fikirkan anak dara yg d manja dgn emas..rupanya anak dara kategori warga emas
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ku fikirkan anak dara yg d manja dgn emas..rupanya anak dara kategori warga emas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2016 05:17 PM | Show all posts
dari cara dia post di sini, aku dah boleh duga samada dia itu andarem atau andartu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2016 05:17 PM | Show all posts
shi_jewel replied at 18-8-2016 04:59 PM
Berseorangan lebih baik dari berdua yg memeningkn kepala.....

hamboi, sampai 3 kali reply nak make a point
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:20 PM | Show all posts
saya turut bersimpati

kalau ada anak dara emas nak kawen bole pm saya..saya ada calon seswai
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:22 PM | Show all posts
ku terkelu emas tu.. rupanya...
tapi nak buat camna kan? Ajal,Jodoh, rezeki  itu semua Allah punya kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:23 PM | Show all posts
ada yg cuba meneguk air yg keruh nmpk?

jgn smpi tersedak
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
yg sibuk sgt org xnak kawen tu pasaipa..lantak dia la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Star_el replied at 18-8-2016 05:17 PM
hamboi, sampai 3 kali reply nak make a point

Tenet mcm siput..
Nasib iol tak tekan 100 kali..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruna emas macam Spidey, siapa nak jaga?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2016 05:34 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 18-8-2016 05:32 PM
Teruna emas macam Spidey, siapa nak jaga?

acong....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:35 PM | Show all posts
x abis2 lg pasal ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cehh...jodoh tu ada tp lmbat sket x smpi lg... ok apa emas....dr main sauk je xpasal2 jangankn emas..habuk pn xda
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower replied at 18-8-2016 05:34 PM
acong....

Jilake! :
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.072074 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list