View: 2676|Reply: 5
|
Mari Kumpul Kulit Telur Ayam, Banyak Kegunaan Yang Mengejutkan!
[Copy link]
|
|
oleh Adib ZA
Sering kali anda membuang sahaja kulit telur ayam yang telah digunakan untuk masakan?
Alahai ruginya! Ternyata banyak kelebihan kulit telur ini terutamanya untuk kegunaan satu rumah. Jom semak, mana tahu boleh anda aplikasi selepas ini. Jimat pun jimat kan!
1. Baja kompos
Campurkan kulit telur yang sudah ditumbuk dengan kulit buah-buahan seperti pisang, oren dan sebagainya. Campurkan bersekali dengan sisa sayuran dan tanah.
Campuran tadi kemudiannya, ditanah di dalam lubang yang anda gali di kebun mahupun laman anda. Ia menjadikan tanah lebih subur dan kaya nutrisi, sesuai untuk penanaman rumput atau bunga.
2. Racun serangga
Hancurkan kulit telur dan taburkan sekitar tumbuhan kesayangan anda. Nescaya serangga perosak seperti semut, siput, ulat dan sebagainya tak mahu datang dekat.
Foto: Carian google
3. Makanan ayam
Bagi anda yang ada memelihara ayam, masukkan kulit telur yang hancur ke dalam makanan ayam. Ia tinggi kandungan kalsium dan mineral. Membantu ayam menghasilkan telur yang tinggi kalsium dan juga daging yang berzat. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Lol jadi makanan ayam balik kesian ayam tanpa disedari ibarat makan sarung anak sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh..idea menarik...
tangan aku ni panas,tanam pokok nescaya mati.
jiran aku letak hampas tebu kat pokok aku..
buah dia lebat jangan cakap lah.sekarang buat jus apa2 ke,
ada hampas,tabur kat pokok..memang membesar bagai juara. |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku pernah nampak, jiran aku letak kat bunga orked. mmg menjadi orked dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|