CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2706|Reply: 12

Kisah 3 sekawan dengan jin

[Copy link]
Post time 23-8-2016 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Pada satu zaman dahulu kala, ada 3 orang sahabat baik. Mereka selalu berkepit kemana saja. Tapi ketiga-tiga mereka mempunyai kegemaran berlainan. Si A suka main segala jenis dadah, si B pula suka minum segala jenis arak dan manakala si C pula suka segala jenis rokok dan benda-benda yang berasap.
Satu hari ketiga-tiga sahabat ini berjalan-jalan ditengah-tengah padang pasir. Tiba-tiba ketiga-tiga mereka terjumpa dengan sebuah cerek (macam cerita Aladdin). Lalu salah seorang mengutipnya lalu menggosok-gosok cerek tersebut. Tak semena-mena keluar asap berkepul -kepul dari corong cerek tersebut dan asap tersebut perlahan bertukar menjadi satu makluk yang menggerunkan iaitu seekor Jin yang ganas.
Lalu jin tersebut ketawa dan berkata "Ha ha ha, Akulah jin aferit. Oleh kerana kamu telah membebaskan aku dari cerek itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan setiap satu dari kamu." Tiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung berfikirkan peluang dan kemahuan masing-masing yang mungkin sekali seumur hidup. Lalu tiap-tiap mereka memilih kemahuan mengikut kegemaran masing-masing.

Berkata si A, "Aku mahu seberapa banyak dadah yang terbaik dari seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun" Puffff, dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si A.


Berkata si B "Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekalan selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun". Puffff, dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C "Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekalan selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun" . Puffff, dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si C.

Setelah genap 10 tahun, maka Jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing seperti mana yang di janjikan. Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, bila terbuka saja maka keluarlah si A dengan keadaan kurus melidi, berdiri pun tak boleh kerana tak larat nak gerak badan sebab hari-hari lalok. Tiba-tiba si A pun jatuh ketanah lalu mati.

Selepas itu Jin tersebut pergi ke gua si B, sebaik sahaja pintu dibuka, maka keluar si B dengan perut yang tersangat buncit kerana hari-hari mabuk. Jalan pun terhuyung-hayang. Tiba-tiba si B pun jatuh ketanah lalu mati

Maka Jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba-tiba si C keluar dengan keadaan sihat seperti sedia kala dan terus menampar si Jin sambil memaki hamun si Jin dengan berkata..............
"BODOH PUNYA JIN, CELAKA PUNYA JIN, BARUA PUNYA JIN. BAGI AKU ROKOK TAK BAGI API."
10 tahun aku tunggu tak buat apa apa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 11:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 11:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:39 PM | Show all posts
bagus lah tak ada api...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2016 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabau jela, mujur x mati jugaks
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 04:00 PM | Show all posts

moralnya..hidup sihat tanpa rokok...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
wakakkaka serious lawak!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 01:35 PM | Show all posts
setelah 10 tahun jadilah si perokok tauke rokok berjaya
dan beliau berjaya berhenti menghisap rokok
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2016 10:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.103291 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list