View: 2098|Reply: 5
|
Kes Pembunuhan Berkaitan Dadah Meningkat Sejak Duterte Jadi Presiden
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://newsinfo.inquirer.net/
Menurut perangkaan pihak polis, sejak Presiden Rodrigo Duterte memegang jawatan tujuh minggu lalu kira-kira 1,800 pembunuhan berkaitan dadah telah direkodkan kerajaan Filipina susulan beliau bertekad melancarkan perang terhadap ancaman narkotik di negaranya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Filipina, Ronald Dela Rosa memberitahu jawatankuasa Senat pada Isnin bahawa 712 pengedah dadah dan penagih terbunuh dalam operasi polis sejak 1 Julai lalu.
Selain itu, 1,067 pembunuhan lain berkaitan dadah turut disiasat polis tetapi tidak memberikan butiran lengkap, tambah Ronald Dela.
Pada Ahad lalu, Duterte menghentam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana mengkritik gelombang pembunuhan berkenaan.
Amerika Syarikat, sekutu rapat Filipina pula berkata, pihaknya 'amat bimbang' dengan laporan berkenaan dan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Mark Toner menggesa kerajaan Duterte supaya memastikan pihak penguatkuasaan undang-undang mematuhi hak asasi manusia. - CARI
Sumber berita : Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Sibuk je 'polis dunia' tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lagi suka presiden pilipin yg baru no
Biarlah mulut heshe hangsuang pun sbb ummah pilipin ni mmg perlu diajar sket
|
|
|
|
|
|
|
|
Kang ditahan puak tu nanti overflow jail... ehhh apesal aku xtfikir filipin byk pulau, he should have keep them in a prison island. Haaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|