6pm : Mahathir Tidak Dapat Hadir Demo Tangkap MO1 Di Dataran Merdeka
Sumber foto : malaysia-chronicle.com
DATARAN Merdeka sepatutnya menjadi lokasi utama perhimpunan Tangkap MO1 hari ini dengan kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun Tun Dr Mahathir Mohamad tidak hadir ke Himpunan #TangkapMO1, walaupun terdapat laporan mengatakan beliau akan hadir bagi memberi sokongan kepada program yang dianjurkan mahasiswa.
Memetik status dilaman sosial Facebook, Kelab Che Det, Mahathir sebenarnya kini sedang berada di Langkawi. Status tersebut di kemaskini beberapa jam yang lalu. Beliau bermalam terlebih dahulu di Pulau Pinang setelah menghadiri satu majlis di Ketereh sebelum bertolak ke Langkawi pada pagi ini.
Peserta perhimpunan dilaporkan mula bersurai. - CARI
Sumber - pru14.tv
4pm : Polis Arah Peserta Perhimpunan "Tangkap M01" Bersurai
Sebahagian peserta berdekatan Masjid Jamek. Foto oleh : KHAIRULL AZRY BIDIN
Pihak polis mengarahkan peserta Himpunan #TangkapMO1 bersurai kerana program tersebut melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
Orang ramai yang berkumpul di Masjid Negara awal petang ini, digesa berbuat demikian kerana mereka dikatakan akan berarak ke arah Dataran Merdeka, di mana perhimpunan itu akan diadakan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, berkata untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, orang ramai perlu bersurai.
"Adalah menjadi satu kesalahan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di bawah Seksyen 4 (2) (c) Akta," katanya lagi.
Peserta perhimpunan bagaimanapun dilihat mengabaikan arahan itu dan terus berarak ke arah Dataran Merdeka.
Perhimpunan hari ini bertujuan mendesak tindakan diambil terhadap “Malaysian Official 1”, sosok misteri yang didakwa mendapat AS$731 juta wang “curi” yang berpunca daripada 1MDB? - CARI
Post time 27-8-2016 09:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sian jadi alat mahathir...motip x dpt hadir ...sedangkan dia sendiri dah tau himpunan ni awal lagi...itulah liciknya mahathir, dia juga pandai main proksi2 ni ...ingat yahudi je ke yg guna proksi???? Dapat beza dgan anwar yg ikhlas, turun juga tak payah beralasan bagai...
Camne tak hambar.. lobai2 Malang pun tadak kali ni .. then, rakyat hanya betoi2 bangkit jika "perot kosong" jaa.. ni masing2 mulot jaa dok mengata idop sengsara seolah2 dah nak mampos xmakan 1 minggu.. padahal perot buncit jaa masing2.. zalim kununnn