|
[Tempatan]
Ajal ketika cuba bantu kawan, #unsur buli? bayangan gurauan?
[Copy link]
|
|
Syd replied at 29-8-2016 12:41 PM
Ajal bantu kawan
PELAJAR lelaki tingkatan tiga di SMK Presint 9 (2), Putrajaya maut selepas terja ...
Kena saman budak yg buang beg tu sampai makpak nya tinggal spender.rasakan sedap2 membuli org lain org lain plak hilang nyawa! |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin sbb mak ayah tak pernah tanya anak soalan, "apa faedah kamu dapat?"
Sebab itu anak malas nak fikir kesan dari perbuatan mereka.
Mungkin jika parents dah gagal bab ini, cikgu pula yang menegur macam ini.
Eh kesian cikgu, semakin stress dengan kerja lebih ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 29-8-2016 12:49 PM
mohon budak2 yg campak2 beg tu sila dikuasai ketakutan hantu di malam hari!
Aminnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
selain ajr anak2 jgn main tempat tinggi..kena la ajar anak jaga kebersihan...
jangan jadi pemalas kemas rumah sampai bantal bau longkang dapur bersepah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tengok gambar ni baru faham maksud "terjun".
Tadi bayangkan dia buat aksi spontan tangkap beg ala2 nak tangkap bola.
Mesti arwah baik orangnya, dia boleh buat keputusan tak peduli beg kawan dia di situ.
Tapi dia memilih nak membantu.
Bak ayat, good people die young.
|
|
|
|
|
|
|
|
lu pernah naik palterbang???...time emergency..lu pakai mask dulu baru tolong orang lain pakai mask.
moral dia...nak jadi hero biar berakal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa main baling-baling beg ni? Masuk kategori buli dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ala itu cliche sangat.
Tertanya juga, milik siapakah beg itu.
Anyway, hidup jangan pentingkan diri sendiri.
Ini bab ihsan sesama manusia.
|
|
|
|
|
|
|
|
tempat kotor memag banyak jin...dapur kotor tempat membiak jin2 toncit ni semua...
tak caya lu pi rumah mertua sutun tu...sana sini jin bertenggek.
|
|
|
|
|
|
|
|
cadagan wa...sekolah tu kena buat gotong royong bersih sekolah pada 31 ogos ni sempena merdeka..
merdekakan diri dari kekotoran.
|
|
|
|
|
|
|
|
Okay, tunggu update seterusnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
JENAYAH ISNIN, 29 OGOS 2016 @ 2:02 PM
Azim jadi pendiam - ibu mangsa
Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my
IBU kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), Putrajaya, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, Zalina Kamis,53, (kanan) kelihatan sedih apabila anaknya maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan kira-kira jam 9.40 pagi tadi. - Foto Fariz Iswadi Ismail
PUTRAJAYA: Ibu kepada pelajar yang maut akibat terjatuh dari tingkat tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9(2), Zalina Khamis, berkata sejak beberapa hari lalu, anaknya, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, banyak mendiamkan diri. Beliau berkata, mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu juga sempat mengulang kaji pelajarannya bersama rakan kerana akan mengambil peperiksaan PT3 tidak lama lagi.
"Azim banyak mendiamkan diri dan malam tadi, dia sempat mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakannya. "Pagi tadi, dia tidak banyak bercakap, namun kelakuannya masih seperti biasa, malah dia sempat melambaikan tangan selepas saya menghantarnya ke sekolah," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.
Azim maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sekolah itu kerana dikatakan gagal mengimbangi badannya ketika mahu menolong mengambil beg rakannya yang terjatuh di koridor berdekatan kelasnya pada jam 9.40 pagi tadi. Jenazah Azim dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Presint 20, di sini.
Sementara itu, Polis Daerah Putrajaya, Asisten Superintendan Rosly Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. "Pada jam 11 pagi tadi, pihak polis menghantar mangsa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan selanjutnya," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 29-8-2016 01:34 PM
kat asrama pung selalu pangai macam neh kan.
buang kasut pelajar lain atas atap laaa, kat semak l ...
Menakutkan kelakuan sesetengah budak ni. Nak kata kecik akal tak cukup, rasanya dah belasan tahun. Dah bebulu memasing : #sorry
Kadang bergurau macam pebende tah. Main buang2 barang orang, pukul2. Gamaknya kat rumah gurau ngan adik beradik gitu ke?
Anak buah aku pernah retak tulang dilibas dengan sejadah. Mula2 gurau, lama2 masuk hantu libas kawan kuat2. Mendapat bersimen tangan tak sekolah tah berapa minggu |
|
|
|
|
|
|
|
lavawassapcall replied at 29-8-2016 01:34 PM
ajar anak anak lu orang jgn panjat2 lompat2 kat tempat tinggi...bahayeee.
Setuju . Benar tu Lava .
Takziah pada parents mangsa . Al~Fatihah . |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada unsur jenayah insiden pelajar jatuh bangunan I
SNIN, 29 OGOS 2016 - 4:00PM
Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Noor Atiqah Sulaiman
bhnews@bh.com.my
PUTRAJAYA: Polis mengesahkan tidak ada sebarang unsur jenayah dalam kes kematian pelajar jatuh bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9 (2), Azim Hakimi Abu Shuja, 15, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata kes kematian pelajar Tingkatan Tiga itu dikategorikan sebagai kes kematian mengejut. Rosly berkata, rakaman percakapan rakan mangsa juga sudah dibuat bagi membantu siasatan.
"Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, kita menolak wujud unsur jenayah dalam kejadian ini," katanya ketika dihubungi. Pada kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, Azim Hakimi dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah selepas cuba mengambil beg sekolah rakannya yang dibuang rakan mereka yang lain.
Jenazah mangsa sudah menjalani proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, petang ini.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|