View: 2487|Reply: 14
|
Betul Ke Kerajaan Abaikan Atlet Paralimpik Negara Yang Menang Pingat?
[Copy link]
|
|
Setelah atlet negara berjaya memperolehi pencapaian yang cemerlang di Sukan Olimpik Rio baru-baru ini dengan memenangi 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa, semua media utama berebut membuat liputan berita tentang kepulangan mereka yang penuh kebanggaan.
Kerajaan dan pihak swasta turut giat memberi ganjaran dalam bentuk wang tunai dan barangan kepada atlet tersebut, berita kejayaan sukan olimpik bukan sahaja menjadi berita utama di media konvensional malah media sosial.
Liputan secara meluas oleh media tempatan berhubung kejayaan wira-wira Olimpik Rio 2016 sedikit sebanyak mengundang rasa tidak senang hati sesetengah pihak.
Akibatnya ada pihak tertentu sengaja memuat naik gambar pencapaian cemerlang atlet negara di Paralimpik dan mengatakan menyebarkan berita tentang kejayaan atlet Paralimpik diabaikan oleh media utama negara.
Antaranya berita atlet paralimpik yang mengalami penyakit 'Cerebral palsy' iaitu Ridzuan Mohamad Puzi yang memenangi pingat emas dalam pertandingan 100 meters larian jarak pendek di Sukan Paralimpik, Doha.
sumber fotoz; Internet
Selain itu, seorang lagi yang atlet larian jarak pendek yang mempunyai masalah penglihatan turut berjaya memenangi 3 pingat emas, yang turut dikatakan kepulangan mereka tidak disambut sebagai wira negara, hanya disambut oleh ahli keluarga dan disebar meluas di internet.
sumber foto: Laman Facebook Khairy Jamaluddin
Bagaimana pun, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menulis status di laman facebooknya dengan tertera sekali gambar memaklumkan, " yang itu semuanya berita lama, Paralimpik 2016 pada hakikatnya masih belum berlangsung lagi majlis pembukaannya, jadi mana datang pingat itu semua?
Khairy menjelaskan, Ridzuan memenangi pingat emas tu ketika berlangsungnya di Doha Paralimpik, rakaman video itu diambil sebelum Olimpik Rio 2016 dimulakan.
Mereka belum lagi bertolak ke tempat pertandingan, jadi sebenarnya mereka belum terima sebarang pingat di paraolimpik, ini kerana temasya itu masih belum bermula lagi.
Sumber foto: Laman Facebook Khairy Jamaluddin
Khairy menyatakan, mungkin akan ada orang bertanya, "Baiklah, biarpun berita itu adalah yang lama, tetapi apa yang telah kamu semua lakukan? Tak akan kamu semua tidak menghadiahkan apa-apa kepada mereka?"
Jawapannya terdapat di gambar-gambar berikut (ganbar facebook)
Khairy memuat naikkan beberapa keping gambar untuk membuktikan selepas Ridzuan balik ke Malaysia, pihak kerajaan telah mengadakan pelbagai jenis acara bagi meraikan atlet negara berjaya memenangi pingat, dia juga memperolehi ganjaran yang sama seperti atlet sukan yang lain.
Sumber foto: Laman Facebook Khairy Jamaluddin
"ada Majlis Anugerah Atlet Sukan Terbaik negara, DYMM Yang Dipertuan Agong secara peribadi memberi anugerah kepadanya. Bagi atlet Paralimpik yang lain seperti Felicia Mikat juga pernah memenangi hadiah di majlis penganugerahan ahli sukan terbaik negara. Biarlah gambar beritahu semua, semua yang telah kami lakukan sebelum ini."
Khairy berkata, petang Ahad lalu dia sendiri telah menjumpai semua wakil pasukan Paralimpik negara. Tegasnya, sekiranya mereka berjaya memenangi pingat di Sukan Paralimpik, selain memperolehi ganjaran yang sama nilai dengan atlet sukan Olimpik, mereka turut akan mendapat wang pencen yang sama.
Ada orang sering beritahu dia, kementerian belia dan sukan jarang mempromosi wakil atlet Paralimpik, akibatnya masyarakat umum tidak berapa mengenali mereka, tetapi Khairy tidak setuju dengan kenyataan tersebut.
Tegas Khairy, "kamu boleh tidak suka saya atau kerajaan, tetapi sila jangan mengatakan kami tidak mengambil berat mereka. Sejak saya menjadi menteri belia dan sukan, saya beri sokongan penuh semua atlet yang mewakili negara, saya akan terus beri sokongan. "
Dalam pada itu, Khairy turut tidak lupa menyeru netizen menyokong Sukan Paralimpik yang bakal berlangsung di Rio De Janerio dari 7 - 18 September ini.
" Mereka semua itu luar biasa, dan saya yakin mereka dapat mencipta sejarah yang luar biasa di Sukan Olimpik Rio 2016."- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu le nasib OKU kat Malaysia ni selalu serba serbi kekurangan termasuk le liputan kejayaan |
|
|
|
|
|
|
|
merangkak ler yg tuduh atlet paralympic diabaikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
knee pad, anyone? |
|
|
|
|
|
|
|
ummah viral kan gopoh n gelojoh cam anjing..selayaknyalah..cek la dulu kot sebelum komen or tekan share |
|
|
|
|
|
|
|
main hentam nk viral je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa yang viralkan ni pun orang2 paralimpik juga nak ambil perhatian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chazey at 30-8-2016 11:26 PM
oppol replied at 30-8-2016 11:13 PM
Aku rasa yang viralkan ni pun orang2 paralimpik juga nak ambil perhatian..
Bukan. Orang yang kenal meka.
Macam budak pompuan dua dari kiri gambar last tu - jangankan kerajaan, sekolah dia pun buat dek tak peduli lansung dengan kejayaan dia. Kebetulan masa depa balik Malaysia last year tak silap, tu musim cuti sekolah. Tapi melampau la kan anak murid ko dah menang medal untuk Malaysia tapi ko buat derk ja. Ucap tahniah dari pengetua pun tadak. Lepas habis dihentam di media sosial baru la nampak penghargaan dari sekolah sheol termasuklah kerajaan negeri. |
|
|
|
|
|
|
|
Liputan yg kurg...so wartawanlah... |
|
|
|
|
|
|
|
ada dapat penghargaan tapi masih kurang jika dibandingkan dengan para peserta 'normal' yg balik dr Sukan Olimpil kelmarin
liputan media mmg amat kurang berbanding yg ada PM Najib |
|
|
|
|
|
|
|
alah poyo je memasing..bila dah viral, masing2 sibuk nak menyalak..padahal diri sendiri pun tak pernah tengok sukan paralimpik kat tv. Bila ada acara sukan paralimpik, terus ubah channel lain kan. |
|
|
|
|
|
|
|
fuh laris la kneepad zmn skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku terlibat dengan sukan paralimpik ni sebagai medik,paling aku ingat masa paralimpik kat Malaysia.Isu ni kami dengar dan telan je, antara peserta yang datang dari Sarawak utk sukan renang yang buka cerita how they survive by their own,including belanja dan lain2,macam mana mereka rasa terkecewa dan terluka.Maybe after so many years,kita dah ada menteri sukan yang tall dark mungkin keadaan dan berubah.
Jangan kata kerajaan saja,huk alohhhh rakyat Malaysia pun tak ada yang datang beri sokongan walau buat kat negara sendiri.Boleh kira dengan jari setakat parent dan student2 U yang diangkut oleh kementerian untuk penuhkan dewan.KehKehKehKeh.. sebelum salahkan gov,nak juga tanya ,korang yang kepochi lebih pernah ke tahu apa itu paralimpik sebelum video viral itu tersebar.
|
|
|
|
|
|
|
|
salah wartawan la x buat kerja....sibuk kejar gosip dgn atok merah tu je...
bongok... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya hari tu tengok berita kat tv, yang hantar atlet paralimpik ke rio hari tu paklah dengan bini dia. Khairy tak perasan ada ke tak....Kenapa pak lah pulak yang hantar? Najib pegi mana? |
|
|
|
|
|
|
| |
|