View: 4551|Reply: 21
|
Masyarakat Texas Terharu Dengan Sikap Professional Tukang Paip Ini
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Sumber foto: www.thenew93q.com
Kalau dipandang sekilas mata, ramai pasti ingat berlaku lagi kes pembunuhan. Tetapi paparan gambar sebenarnya menunjukkan sikap professional individu yang wajar disanjung tinggi masyarakat tempatan.
Di Texas, Amerika Syarikat terdapat seorang tukang paip yang sanggup merisikokan diri dengan menyelinap ke dalam limpahan air kumbahan yang kotor, hanya untuk memperbaiki saluran paip yang sudah pecah.
Setelah gambar berkaitan tersebar secara meluas di laman web, ianya terus menimbulkan reaksi yang hebat, sehinggakan sebuah syarikat seluar jeans turut bersetuju untuk menghadiahkan tukang paip berkenaan sehelai seluar jeans yang baru.
Syarikat Penyiaran Amerika Syarikat melaporkan, minggu lalu saluran paip di halaman depan rumah seorang wanita dari Texas bernama Andrea Adams, dikatakan melimpah keluar banyak air kumbahan, justeru menelefon majlis perbandaran untuk mendapatkan bantuan.
Setibanya tukang piap di tempat kejadian, bagi memotong bahagian pecah yang berukuran kira-kira 150 cm yang berada di bahagian bawah tanah, tukang paip yang penuh bertanggungjawab itu menyelinap bahagian atas badannya iaitu daripada bahagian kepala sampai ke pinggang masuk ke dalam air kumbahan yang sememangnya kotor.
Menurut Adams, sikap tukang paip yang bersikap serius dan bekerja keras dengan tugasannya amat menyentuh hatinya. Apa yang terfikir ketika itu, "suami saya semestinya tidak percaya dengan keadaan yang berlaku." jadi dia pun segera mengambil keadaan sebenar gambar tersebut.
Tukang paip tersebut seorang penjawat kerajaan bernama Jimmie Cox kini berumur 23 tahun, berkenaan paparan gambar tersebut disambut baik orang di laman web, dia menyatakan secara rendah diri, "Bagi mereka yang bekerja di bidang tersebut, ramai juga akan berbuat demikian."
Lepas itu, ada syarikat seluar jeans melihat gambar tersebut, bukan sahaja memuji tukang paip itu seorang wira masyarakat, malah berjanji menghadiahkan sehelai seluar jeans untuknya.- CARI
sumber info: www.thenew93q.com
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus sungguh tukang paip ni..
dedikasi dlm keja..
harap beliau juga dapat sehelai baju baru...
|
|
|
|
|
|
|
|
astaga.. sanggup dia masuk dalam air kumbahan yg kotor ittew.. dah tu nampak ke dek apa yang ko godek2 dalam tu |
|
|
|
|
|
|
|
mesmerize replied at 30-8-2016 07:21 PM
astaga.. sanggup dia masuk dalam air kumbahan yg kotor ittew.. dah tu nampak ke dek apa yang ko gode ...
Of course dia nampak air kincin, tahik dan mungkin pad Adams yg tersangkut lalu menyebabkan saluran paip tersebut picah. Yang menghairankan camner dia menahan nafas dlm air trsbt. Adakah dia memakai google translate.phewwww air trsbt x masuk ke dalam mulut,idung,tinger ataupun bibir x merasakah kelazatan air itttewww |
|
|
|
|
|
|
|
Big respect to you abg plumber. Tapi seriously geli doww. Sgala najis berkumpul kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus cuma kurang cerdik..masalah yg dia repair akan berulang. Elok buat saliran baru. |
|
|
|
|
|
|
|
respect... sini mmg payah la selagi x cukup kelengkapan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti beliau betul2 minat dengan kerjayanya tu sampai sanggup berbuat sebegitu |
|
|
|
|
|
|
|
apsal air taik mat saleh tu nmpak mcm bersih je
klo kumbahan kt sini mesti pekat itam legam tgk pn geli |
|
|
|
|
|
|
|
Hey bro! Hi kawan2!!
Unlimited Deposit Bonus hanya untuk anda!!!
Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
x boleh pam dulu ke air kumbahan tu ke tmpt lain..dh kering/ kurang air baru repair part mana yg rosak. x penah lg aku tgk staf iwk menonggeng lagu tu kt dlm lubang taik. silap haribulan boleh kojol |
|
|
|
|
|
|
|
Kedekut gila bagi sehelai je. Patutnya Ellen DeGeneres jemput dia kt talk show. Silap2 Levis supply dia jeans setahun atau for a lifetime. Mcm si kes "Damn, Daniel!" dapat bekalan Vans shoes for a lifetime. |
|
|
|
|
|
|
|
Xde SOP ke abam plumber ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|