Prihatin dengan bebanan rakyat, kerajaan sedang merangka skim baharu untuk membantu pembeli rumah pertama mendapatkan pinjaman perumahan yang dijangka diumumkan dalam pembentangan Bajet 2017, bulan depan.
Demikian kenyataan yang disuarakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani dalam satu sidang media selepas melancarkan Sistem RMROnline Bagi Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia kelmarin.
Tambah beliau, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Bank Negara serta empat bank komersial iaitu Maybank, CIMB Bank, Am Bank dan RHB Bank berkenaan formula baharu skim pinjaman perumahan tersebut.
Jelas beliau, skim tersebut akan membantu pembeli rumah pertama menangani jurang antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan yang diluluskan oleh pihak bank.
Sementara itu, Johari menyambut baik usaha SPNB mewujudkan sistem pendaftaran rumah secara dalam talian bagi memudahkan rakyat luar bandar memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia.- CARI
sebab prihatin la rumah Uda Legasi kat Kg Baru harga pun smpai RM700k.
gila. rumah mampu milik pun tak byk 200unit sahaja. pastu pong pang pong kata prihatin dgn rakyat. mencikk!!!
Post time 2-9-2016 05:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mungkin peon2 yang belajar tahap spm je tak tau, sebelum sesuatu polisi dibuat, kajian perlu dibuat..
Sape buat kajian?? Biasanya pelajar master dan PhD.. bangkem dulu pon dapat geran kerajaan untuk buat kajian.. ambik masa bertahun tahun tauuuu.. ingat senang2 keluar jamban terus boleh gubah polisi baru ke