CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5950|Reply: 25

Pemandu Lori Roti Ini Bantu Anaknya Kelaparan, Buat Ibu Terharu

[Copy link]
Post time 9-9-2016 05:11 PM | Show all posts |Read mode


Kesesakan trafik di jalanraya merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pemandu kereta di negara kita khususnya ketika hujan lebat atau terdapat kemalangan.


Lazimnya kena menghabiskan 2 hingga 3 jam barulah dapat terlepas daripada rantaian kesesakan yang panjang, biarpun ada kala perut lapar ataupun berkeinginan untuk buang air kecil pun tidak berkesempatan dan terpaksa menahan tanpa tak boleh nak buat apa-apa.


Nurul Bariah, memuat naik satu status di laman facebooknya pada 1hb September lalu, dengan mengisahkan situasi yang dihadapinya ketiak terperangkap dalam kesesakan tersebut.


Prosesnya amat menyayat hati sehingga setakat ini telah dikongsi oleh hampir 6,000 orang. Tidak kurang juga ada netizen selepas membaca status itu, rata-rata mengatakan amat terharu, dan mengatakan sebenarnya di Malaysia juga terdapat ksah dan individu yang begitu baik.









Khamis lalu pada sekitar pukul 4 petang, Nurul memandu kereta bawa ibunya dan dua orang anak perempuan iaitu Aisyah dan Khadeeja, dalam perjalanan balik ke rumah dari Setia Alam, namun terperangkap dalam kesesakan trafik yang teruk.


Nurul pada asalnya beranggapan mungkin ketika itu hujan lebat menyebabkan kebanyakan pemandu kereta bergerak perlahan, tetapi keadaan trafik ketika itu bergerak perlahan sehingga langsung tidak bergerak. Setelah bertanya, barulah sedar di arah depan jalan tersebut terdapat sebuah kenderaan lori trailer terbalik, menyebabkan semua lorong kereta terpaksa ditutupkan.




sumber foto: Akaun FB Nurul




Memandangkan entah kena tunggu sampai bila barulah kesesakan trafik ini akan kembali lancar pergerakannya, pada ketika itulah kedua anak Nurul mula meloyan dan mengadu perut sudah lapar dan badan juga penat.


Oleh kerana hari tersebut merupakan hari pertama anak sulungnya Aisyah pergi sekolah, Khadeeja yang teman ibu datang mengambil kakak yang lepas sekolah kelihatan dalam keadaan penat, Aisyah juga sama.


Memang tanpa diduga, kebetulan kenderaan yang berada di depan kereta Nurul itu adalah kenderaan Roti yang berjenama 'Sweetie'. Biarpun hujan lebat, Nurul tanpa memikir panjang terus turun dari keretanya, berjalan ke sisi lori roti itu, "Encik, boleh tak saya nak beli roti daripada awak? Anak saya perut lapar."


Pemandu lori roti itu hanya suruh Nurul kembali semula ke dalam keretanya, dan beritahu Nurul tunggu sekejap dan dia akan hantar sendiri roti itu kepada Nurul.


sumber foto: Akaun FB Nurul



Sejurus kemudian, pemandu lori roti itu memang benar bergerak ke arah Nurul dan dalam tangannya kelihatan pegang dua jenis roti yang berlainan perisa.


Selepas mengambil roti itu daripada pemandu kereta roti itu, Nurul pun menyerahkan RM20 yang telah disediakan kepada pemandu itu. Tanpa disangka pemandu itu enggan mengambil duit RM20 itu dan hanya beritahu, "takpe kak, saya bagi" . Selepas cuba beberapa kali untuk berinya duit roti itu tapi tidak berjaya, maka Nurul terpaksa mengucap terima kasih pada pemandu itu, di samping hati terus rasa amat terharu dengan perbuatan pemandu kereta roti itu.  


Nurul menyatakan, tindakan pemandu kereta roti itu bukan sahaja membuatkan dirinya, ibunya dan dua orang anak tidak perlu lapar perut dalam kesesakan trafik yang mengambil masa 1 jam, malah sikap murni yang ditunjukkan oleh pemandu lori roti itu amat mengharukan kami.




sumber foto: Akaun FB Nurul



Nurul turut menyatakan plat nombor pendaftaran lori roti itu, dan memaklumkan diri akan segera menghubungi syarikat roti tersebut bagi meluahkan rasa penghargaannya dan memuji perbuatan pekerja berkenaan.


Bercakap pasal tindakannya keluar dari kereta untuk membeli roti daripada pemandu itu, Nurul menjelaskan ketika itu anaknya sudah hampir 20 kali mengatakan perut lapar, jadi ketika itu pemikirannya hanya ingin memastikan anaknya kenyang perut, itu sahaja.


Tanpa disangka, dengan sikap tidak cuba maka tidak ketahui hasilnya, tanpa disangka-sangkakan dia terjumpa seorang pemandu yang begitu baik hati orangnya.


sumber foto: Akaun FB Nurul




Nurul turut beritahu hari kesesakan itu, kebetulan juga hari jadinya, maka 1hb September untuk tahun ini bakal menjadi hari jadinya yang tidak dapat dilupakan.


Sambil bergurau, dia mengatakan roti pandan kaya dan kopi yang dimakannya hari itu boleh dianggap roti yang paling sedap yang pernah dia makan.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2016 05:14 PM | Show all posts
masih ramai lg rakyat malaysia yg baik2
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 05:38 PM | Show all posts
rezeki tak disangka sangka
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 05:55 PM | Show all posts
bende camni viral baru ada pekdah sket. kasi murah rezeki abam lori tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tadi aku baca bas eksiden penuh dengan Singaporean, barang depa kena kebas sedih aku kenapa rakyat Malaysia jadi begini. Tapi posting ni bagi semangat balik, ramai lagi rakyat kita yang berhati mulia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib anaknya x merengek minta air pulak.. Terpaksa maknya mengetuk lori yeos..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2016 08:31 PM | Show all posts
Allah gerakkan hatinya untuk bertanya dan Allah uji keikhlasan pemandu van roti itu.

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mak mak mmg xsanggup nk dgr anak merinth lapar, sakit, sejuk etc. kasih ibu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2016 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Tuhan, humanity restored. Naluri seorang ibu dan izin Tuhan jua telah merakamkan kejadian ini dan berhasil membuka mata kita semua, terharu , perasaan bercampur-baur.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 05:51 AM | Show all posts
terharu dgn sikap pemandu lori tue
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 11:00 AM | Show all posts
Bagus sikap pemandu lori tu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 10:50 PM | Show all posts
Touching....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ble bc cite2 mcmni, sdp ckit.. Asyk dgr bnda bruk jew..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
aww. that's nice. btw roti kopi tu serius sedap. selalu beli hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 08:56 PM | Show all posts
baca ni sematkan dalam diri, tiap kali keluar, kena bawa
snack dan air untuk anak....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetibe rase nak cari roti sweetie ape2 pun respek pada adik lori tersebut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2016 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringin plak nk roti kopi tuu.. Mesti sales roti sweetie melonjak pasni.. Driver n akak ni dah buat free marketing utk dorang
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
X dpt bygkan stuck 1 jam dlm kereta. Kisah ni buat hakak tpikir utk prepare mknan ringan dlm kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena selalu sedia makann dlm kreta... Pernah duduk dlm jam lebih dri sejam... Nasib baik ada food and air...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 12:13 PM | Show all posts
Hurmmm...tapi nape ayatnya very the ...nama nurul, tp bahasa very the hauk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.410203 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list