CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5210|Reply: 39

Kena Saman Salahkan PM, Penunggang Motosikal Dikecam

[Copy link]
Post time 14-9-2016 04:01 PM | Show all posts |Read mode
sumber foto: internet



Dikenakan saman oleh polis trafik atau pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akibat tidak memperbaharui cukai jalan sememangnya sesuatu perkara yang amat normal dan munasabah.


Namun demikian terdapat seorang lelaki menyatakan kesalahan yang dilakukannya itu adalah kerana masalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, apakah sebenarnya yang terjadi?


Individu yang dimaksudkan itu, seorang penunggang motorsikal yang dikatakan telah dihentikan oleh pegawai penguakuasa JPJ yang menjalankan operasi pemeriksaan di jalanraya.  


Selepas diperiksa, cukai jalan dan insuran motosikalnya didapati tamat tempoh dan masih belum diperbaharui, akhirnya dia dikenakan saman.


Bagaimana pun penunggang motosikal tersebut tidak puas hati dengan tindakan yang diambil ke atasnya, maka dia bertindak menggunakan telefon bimbitnya merakamkan satu video secara selfie di lokasi kejadian untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya.


Kemudian rakaman video itu dimuat naik di media sosial untuk perkongsian orang ramai.




sumber foto: keratan gambar dari video



Berdasarkan paparan video itu, penunggang tersebut mengakui insuran motosikalnya tamat tempoh pada 31hb Ogos, ketika dia berkeinginan untuk memperbaharuinya, dia mendapati harga pembaharuan telah meningkat dari asalnya RM100 menjadi RM135, akibatnya dia enggan untuk membayar.


"sebagai rakyat Malaysia, saya bertegas bantah meningkatkan harga insuran motosikal, sebab syarikat insuran telah habis perah duit rakyat."


"Saya minta Perdana Menteri meletak jawatannya serta-merta, kerana beliau banyak menyusahkan rakyat jelata, polis juga patut segera menahannya."







Kelakuan dan kenyataan bagi penunggang motosikal dalam video tersebut segera menimbulkan pertikaian di kalangan netizen, kenanyakan netizen mengecam penunggang berkenaan sebenarnya mengada-ada, kerana diri sendiri yang tidak ingin bayar insuran motosikal untuk pembaharuan sebaliknya bertindak menyalahkan Perdana Menteri.




" Ada duit beli motosikal, tapi memperbaharui cukai jalan dan insuran pula tiada duit, apa jenis punya manusia? "


" DIa memuat naik video itu adakah dia nak orang ketawakan dia seorang yang jahil?"


Terdapat netizen yang langsung tidak bagi air muka menyelar, "penunggang ini telah menelan terlalu banyak mothballs, barulah dapat mengeluarkan kata-kata yang begitu hilang akal."


Selain itu, ada juga beranggapan penunggang motosikal tersebut semata-mata hanya berniat untuk menjadi popular di laman sosial.- CARI




sumber foto: Akaun FB Afir Firdaus





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2016 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendek akal.nak malukan orang,aib sendiri terbuka
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 09:40 PM | Show all posts
adoii klu u renew roadtax dulu, saman u xkene, hencapan meleis pon u xkene...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tidak dinafikan harga insuran sentiasa naik..
Tapi bukan alasan kita bro. Ada 12 bulan,menabung la setiap bulan rm20 pon.

Haritu renew roadtax walau dah berusia 12 tahun pun rm160 termasuk insuran,roadtax 4 hengget je haa.. insuran mmg sentiasa naik . Jadi,tak ada pilihan lain,selain bertabah je menabung bro. Kau maki orang lain pun nasib terap gitu kalau kurang bijak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Lerrr... Cariklaaa ejen insurans yg lg murah... cek skali ko punya insurans tu pastikan tiada add ons yg ko tak minat nak tambah, ambik yg basic... and kalu renew insurans/roadtax sendrik lg murah berbanding suro runner buatkan. Kdg tu yg buat jadik mahal. Survey bebagus ejen insurans, byk alternatif, skrg online, senang nak semak rege insurans.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
elok2 boleh byr roadtax n insurans dgn rm135.  pastu xnk byr. kena saman dgn JPJ lak tu, da kene RM600. sape rugi, kau jugak yg rugi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2016 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 14-9-2016 04:08 PM
Lerrr... Cariklaaa ejen insurans yg lg murah... cek skali ko punya insurans tu pastikan tiada add on ...

RM135 dah habis murah sis ni pun moto kapcai je ni. setaunya insuran moto paling murah takde bawah 100. kalau moto honda baloi buat gini kalau yamaha 125, lc.jangan cari pasal
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Nonsense..Macam bangang je statement
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2016 01:36 AM | Show all posts
Edited by westaste1 at 15-9-2016 01:37 AM

Nada suara & percakapan mcm terencat. pakaian muka nmpk haprak busuk. muka mcm org buat lawak. ke mamat ni mmg bangang... org bangang je yg xtau penampilan diri hodoh mcm monyet
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 14-9-2016 05:02 PM
elok2 boleh byr roadtax n insurans dgn rm135.  pastu xnk byr. kena saman dgn JPJ lak tu, da kene RM6 ...

kena masuk court.utk perbicaraan.kena pergi seawal 8.30pagi. kalau nasib x baik dapat hakim perempuan . biasanya masa bersidang tu ada kes kes lain di masuklan sekali. dan terjadinya drama. "tak tahu" "dia tipu saya"

perbicaraan tu sekejapndlm 10minit nak bersidang tu yang lama. part paling tak best mahkamah yg koramg kena tu akan ikut lokasi di saman. masa aku kena tmpoh hari pukul 1.30ptg baru habis
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 15-9-2016 01:37 AM
kena masuk court.utk perbicaraan.kena pergi seawal 8.30pagi. kalau nasib x baik dapat hakim peremp ...

lamakn, itu boleh mnx kurang lagi. yg xleh nk kurang if xde lesen. amek if byk saman.

mnx2 lah jauh dr semua tu. tapi kan kes cam ni semuanya judge perempuan mana ada jugde lelaki. mahkamah seksyen kn?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 14-9-2016 05:41 PM
lamakn, itu boleh mnx kurang lagi. yg xleh nk kurang if xde lesen. amek if byk saman.

mnx2 lah  ...

ni mahkamah kecik. kebanyakkan profesional macam doktor peguam arkitek tak nak pergi. mereka willing to pay people to go. bukan pasal malu. tapi masa nak pergi tu....kalau kerja sendiri xde masalah.kalau kerja opis hour ambil cuti tergendala kerja
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 15-9-2016 01:31 AM
RM135 dah habis murah sis ni pun moto kapcai je ni. setaunya insuran moto paling murah takde bawah ...

Ahh sudah... silap I xpnah byr ins/rotex moto. Kalu kreta lainlh smpi beratus membayarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 15-9-2016 01:46 AM
ni mahkamah kecik. kebanyakkan profesional macam doktor peguam arkitek tak nak pergi. mereka willi ...

yela sbb masa itu emas haha, sape nk tggu lama2 dgr kes. bosannn
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 08:55 AM | Show all posts
walaupon najib bodo. tp ko lg bodo bro
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 09:19 AM | Show all posts
belilies replied at 15-9-2016 12:08 AM
Lerrr... Cariklaaa ejen insurans yg lg murah... cek skali ko punya insurans tu pastikan tiada add on ...

agen ins yg murah..mcm mana tu..bg details sikit..
saya selalu bayar terus kat agen nissan yg aku beli keta..
memang mahal la lotex ni..dpt bonus bg kat depa terus..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2016 09:42 AM | Show all posts
Malaysian ,,,,, nak jadi hero and disukai ummah sekarang ni senang jer
ko bantah semua apa yang najib kata ... ko kutuk dia .... taraaaaa .... ko sudahpun diterima dimasyarakat ....

walaupun aku xsuka abam jibby .... tapi xdelah aku nak meroyang 24 jam ..... sampai kucing mengandung pun aku nak salahkan dia ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 12:43 PM | Show all posts
nak mencapap murahan ni tak pe lah bagi naik dia 1 kali
kasi famous!! hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tk takut eh nk komen mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 06:03 PM | Show all posts
Level2 edu tahap pmr

Spm tak abis kot

Kije pun takat2 dispacth

Time hujung minggu merempit ke meragut
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.064684 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list