View: 10992|Reply: 28
|
5 Senarai Restoran Nasi Arab Terbaik di KL & Selangor Menurut Foursquare
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Asyik makan nasi putih dan lauk pauk masakan ala Asia Tenggara, sesekali berubah selera menikmati masakan ala Timur Tenggah pun sedap juga.
Buat penggemar nasi Arab di sekitar Kuala Lumpur & Selangor yang ingin mencari restoran nasi Arab popular, disini ada 5 senarai restoran yang mungkin anda boleh cuba.
Ranking ini berdasarkan dari Foursquare yang mana mendapat hasil undian tertinggi dari pengguna-pengguna Foursquare.
1. RESTORAN AROMA HIJRAH (TTDI JAYA, SHAH ALAM)
Bermula dengan kedai 2 pintu, kini Restoran Aroma Hijrah kini sudah ada 4 pintu. Tentu sekali mempunyai pelanggan tetap yang datang semula setelah menikmati hidangan yang enak. MySelera.com ada ‘review’ untuk sesiapa yang mahu tahu bagaimana keadaan Restoran Aroma Hijrah ini. Ternyata, ini restoran nasi Arab paling popular di Shah Alam.
Lokasi:
NO 6 & 8, Jalan Opera H, TTDI Jaya, Shah Alam
Tempahan (Booking):
03-7832-1524 (Restoran)
012-6544838 (Hj Amin)
012-6644639 (Hjh Rohani)
Landmark:
Lebih kurang 3km dari Stadium Shah Alam, melepasi Politeknik Shah Alam atau 2km dari Space U8 Shopping Mall, Bukit Jelutong. 100 meter dari Masjid Al-Itisam, TTDI Jaya
Makanan Popular:
Mandy rice, Kabsah rice or Maqlubah rice
Roasted lamb, Kabsah lamb, Mandy Lamb, Roasted Mandy & Masywi Chicken
Roasted Quail (burung puyuh)
Special Spicy Lamb soup!!
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari dari 11am – 10.30pm
Jumaat-Ahad, 11am – 11pm
Kapasiti:
450 tempat duduk, termasuk 40 tempat duduk bersila
Kemudahan:
Surau, Maksimum 30 jemaah Muslim dan 10 jemaah Muslimah
Bayaran: Tunai, Kad Kredit (MasterCard & Visa untuk RM50 ke atas)
Facebook: https://www.facebook.com/aroma.hijrah
Foursquare: https://foursquare.com/v/restoran-aroma-hijrah/4fe48b33e4b0b1bb7ed3a23d
2. RESTORAN SABA’ (SETIAWANGSA DAN CYBERJAYA)
Menduduki tangga pertama untuk juadah nasi Arab di kawasan Kuala Lumpur. Selalunya, kedai ini yang terletak di Setiawangsa penuh dengan pelanggan pada hujung minggu. Selepas ‘order’ kena tunggu agak lama tapi berbaloi! Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila baca ‘review’ Restoran Saba’ ini.
LOKASI CAWANGAN:
Cyberjaya
4800 Suite 0-2, Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana,
CBD Perdana, Cyberjaya, 63000, Selangor
Tempahan (Booking): 03-83202544
Kuala Lumpur
1-01 Dataran, Setiawangsa, Jalan Jelatek, Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
Tempahan (Booking): 03-42512592
Web: http://www.sabaholdings.com.my
3. RESTORAN AL-RAWSHA
Menduduki tangga kedua selepas Restoran Saba’ di Foursquare bagi kawasan sekitar Kuala Lumpur. Restoran ini sungguh unik kerana berbentuk seperti ‘castle’. Adakah sajiannya juga seperti hidangan istana? Sila baca ulasan Restoran Al-Rawsha ini.
LOKASI: 8, Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
TEMPAHAN (BOOKING): 03-9200 6600
Web: http://alrawshakl.com
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Al-Rawsha-Restaurant/142261482522600
Foursquare: https://foursquare.com/v/al-rawsha-restaurant/4c405719cc410f47866ca961
4. RESTORAN TAREEM HADRAMAWT (KAJANG)
Walaupun di kawasan Kajang, masih lagi dekat dengan orang Bangi.
LOKASI: Jalan Kajang Mewah 2, Taman Kajang Mewah (Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat Indah), Kajang
Foursquare: https://foursquare.com/v/restoran-tareem-hadramawt/4cc13b5821a4f04da8e06255
5. RESTORAN NASI ARAB DAMSYIK
Restoran ini bukan terletak di kawasan Lembah Kelang, namun lokasinya berdekatan. Terletak di Senawang, Negeri Sembilan, harga makanannya juga dikatakan lebih murah daripada di Kuala Lumpur.
LOKASI : No. 1, Jalan Bourgainvilla 1 (Taman Bourgainvilla, Senawang), 70450 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
TEMPAHAN (BOOKING): 014-265 7313
Foursquare: https://foursquare.com/v/nasi-arab-damsyik/4c3dbe08b169c9b606684768
Selain untuk menjamu selera menikmati nasi Arab bersama keluarga, restoran dalam senarai diatas juga sangat sesuai untuk majlis sambutan hari jadi, majlis perpisahan dan apa sahaja majlis dalam kuantiti kecil. - CARI.
Sumber - MySelera.com/ Foursquare |
|
|
|
|
|
|
|
Restoran Al Rawsha pun ada sebijik kat Sek 7 Shah Alam
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku rawsha biasa aje |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik saba restoran tu. selalu beli kat dataran setiawangsa situ. seberang jalan LRT Setiawangsa tu.
satu bungkus take away nasik dia boleh makan utk 3 orang |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu try Half Moon. Sekarang dah ada dekat De Centrum sblh Uniten. Harga okay. Nasi dia punya lah banyak. Rasa pun not bad. |
|
|
|
|
|
|
|
range rege berapa sis? nk try la
|
|
|
|
|
|
|
|
25++ rasanya. tak sure sbb dah lama tak beli
|
|
|
|
|
|
|
|
Orait, klau me pergi, akan di update
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboii best la org k.l ns arab sedap2.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnye nasi arab, al rawsha, i sllu pg dkt kampung pandan tu...not bad la...tp I rase yg dkt uniten tu lg sdp..xprnh pg tmpt die, tp bpk Iolss klu llu situ mmg die akan beli... |
|
|
|
|
|
|
|
Aroma Hijrah to me is the best among all the above.
Fast service and very reasonable price, makanan yg paling sedap . |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku antara restoran al rawsha dgn restoran zam-zam kat shah alam...
makan kat zam-zam lgi puas hati....dan lagi sedap berbanding al rawsha |
|
|
|
|
|
|
|
cuba pergi Suria Restoran kat Jalan TAR tu (berdepan bangunan UMNO lama). Sana pun not bad gak. Cuma tempat dia kureng stragegik sikit ie. parking susah & black area.
Al Rawsha & Saba (Cyberjaya & Setiawangsa) dah try. Pada tekak aku biasa2 aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for the info |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu makan kat saba setiawangsa. Mase kemaruk nasi arab, mmg tiap2 minggu makan situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ctsueraya at 10-1-2017 10:37 AM
Yang kat TTDI tu awat ceq taktau ek? ke HIJAB ceq tertutup bila nak ke sana
SABA- first restoran nasi arab yang aku kenal, jatuh cinta dan siap bawak family 4 kereta pergi makan sini--> cawangan Putrajaya, so far family sangat berpuas hati
kembang montot ahkak tau kene puji sbb bawak restoran BEST
AL RAWSHA- pun best, yang kat kg pandan nak2 g masa berbuka, surau besar, pastu sesuai kalau bawak budak2 sebab selesa uols, tapi antara nasi RAWSHA dgn nasi SABA---. iols prefer SABA sebab sambal tomato SABA sedap weh, ikut citarasa lidah melayu kak senah
No 4 dan no 5 - NO KOMEN, sebab belum try
Ada lagi tau NASI ARAB yang sedap, kedai kecik je kat area SETAPAK-berhampiran uptown setapak tuh--> nasi madghout dia sedap nak meninggal okeh, takyah sambal dan sup pun dh sedap terangkat KEBABOM
lagi satu yang sedap kat Presint Diplomatik, Putrajaya, Restauran Mustafa(tak sure sgt ejaan) nasi madghout gak..SEDAP
Selamat Beramal dan Selamat mencuba
Ikhlas bagi review,
Kak Senah Diva Lethops Kebabom (adajemahkisah)
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah makan kat restoran saba & aroma hijrah....dua2 ni memang sedap... |
|
|
|
|
|
|
|
damsyik tu biasa2 je..ada satu kedai nasi arab dekat hartamas..alaudin..dkt dgn kfc,balai polis..sebelah cafe apa tah..dr.cafe kot..kedai dia biasa2 je..tapi sedap giler chuols..murah pun murah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|