CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2160|Reply: 0

Jeff Ooi Balas Kecaman Terhadapnya Berhubung Isu Haron Din

[Copy link]
Post time 20-9-2016 10:41 AM | Show all posts |Read mode


sumber foto: akaun FB Jeff Ooi



Setelah berita Musyidul Am PAS Datuk Dr. Haron Din menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Stanford University, San Francisco disiarkan pada Jumaat lalu, ahli parlimen Jelutong, Pulau Pinang, Jeff Ooi, berkongsi satu status daripada Sidek Kamiso yang bertulis, "orang yang menjual air  jampi untuk rawatan pelbagai jenis penyakit, akhirnya meninggal dunia akibat sakit di sebuah hospital moden di San Francisco, ironinya."


Sekaligus dalam status itu, Jeff Ooi memberi kenyataan dengan menulis, "Adios Harun Din, Let there be peace", akibatnya mengundang kecaman netizen.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kelmarin turut menyeru Jeff Ooi menyerah diri di balai polis melalui laman rasmi twitternya.


Justeru itu, Jeff Ooi berkongsi lagu "Let there be peace on earth" di laman facebooknya, sambil menulis komen, " Orang yang ada dengar lagu, rata-ratanya mengetahui Let there be peace (on earth) adalah sebuah lagu dari kumpulan koir kanak-kanak antarabangsa yang sunyi dan harmoni dan dinyanyikan sejak tahun 1955 sehingga sekarang."









Bagi mereka yang tiada pemahaman budaya yang mendalam tetapi tanpa sedar telah memperlihatkan kekurangan diri, bolehlah tonton video Youtube tersebut dan menjalankan amalan insaf buat diri sendiri.




Ahli Jawatankuasa pusat Parti Amanah, Hu Pang Chaw turut menunjukkan sokongan terhadap Jeff Ooi melalui kenyataan yang ditulis pada laman facebooknya, menurutnya "Adios Harun Din, Let there be peace", ayat tersebut tiada isi kandungan yang tidak menghormati.




" Para pemimpin parti Amanah di bahagian pusat ketika membalas jawapan saya di WhatsApp, semuanya tidak memberi saya satu jawapan yang jitu, hanya seorang sahaja yang beranggapan tindakan Jeff Ooi bersifat tidak hormat."




" Pada 17hb malam iaitu Sabtu lalu, semasa jamuan meraikan ulangtahun pertama penubuhan parti, sebagai satu-satu ahli jawatankuasa pusat yang berbangsa Cina, sekali lagi saya mendapat nasihat dan pendapat daripada pemimpin bahagian pusat, seorang ilmuan Islam yang bertaraf kedoktoran, dua orang ahli professional, semuanya berpendapat isi kandungan laman twitter saya sememangnya tiada masalah langsung."











Hu Pang Chaw juga memuat naik sekeping gambar berita di akhbar berhubung majlis pengebumian Puteri Diana dan menyatakan pada ketika itu paparan berita juga tulis "Adios Diana", " Adakah ini bermakna semua media terbabit tidak menghormati Puteri Diana?"


Walaupun Jeff Ooi telah padam status yang kontroversi itu, tetapi masih tetap diperhebohkan, Kumpulan pro Ulama PAS mendesak Jeff Ooi minta maaf kepada keluarga Allahyarham Datuk Dr.Haron Din al-Hafiz, terdapat juga pemimpin PAS membuat laporan polis, membuatkan Jeff Ooi rasa amat tidak puas hati dan mempersoalkan, "Kenapa saya perlu mohon maaf, undang-undang yang mana satu yang saya telah tersabit?"


Jeff Ooi turut membuat teguran ke atas seorang netizen yang menggunakan nama "Lim Sian See" yang dipercayai merupakan 'trooper' bagi Barisan Nasional, jelas Jeff Ooi, individu berkenaan yang sengaja mengkecohkan hal ini di laman sosial, barulah isu ini menjadi besar.


Pada masa yang sama, ada ramai juga netizen beri komen, "sebenarnya semua ini tiada kena mengena dengan perkataan 'Adios', punca utama adalah isi kandungan yang dikongsikan oleh Jeff Ooi di laman twitternya."


" Ada juga menyelar Jeff Ooi, " Kalau tiada niat jahat, kenapa pula padam status di laman twitter."- CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.343900 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list