|
oleh Adib Za
Siapa yang tak gemarkan jualan murah, lebih-lebih lagi jika ia merupakan jualan gudang?
Pasti meriah, dengan diskaun 'kaw-kaw' punya. Kali ini, The Travel Store kembali lagi dengan jualan gudang bagi tahun ini.
Apa yang menariknya, selain menawarkan harga serendah RM3, terdapat lambakan produk berjenama yang boleh didapati di sini.
Ini termasuklah pakaian kanak-kanak, lelaki dan wanita, kasut berjenama, pakaian sejuk, beg tangan, beg bagasi dan sebagainya.
Menarik, kan? Tapi di mana dan bila tu?
Tarikh: 30 September - 2 Oktober 2016
Masa: 10 pagi - 7 malam
Alamat: A8, Jalan Kuang Bulan, Taman Kepong, Kuala Lumpur
Antara diskaun barangan berjenama yang pasti membuatkan anda tak sabar untuk 'menangkapnya' termasuklah:
1. Hush Puppies, aksesori dan pakaian - diskaun sehingga 70%
2. Pakaian lelaki jenama Crocodile dengan harga serendah RM39
3. Pakaian kanak-kanak dengan harga serendah RM3
4. Pelbagai jenama kasut wanita dan juga beg tangan seperti British Polo, Rucini dan Tracey Star dengan harga yang sangat rendah.
5. Kasut lelaki pelbagai jenama seperti Polo Classic dan Swiss Polo dengan potongan harga terendah!
6. Ingin melancong ke luar negara, terdapat lambakan beg bagasi seperti Lojel, Hush Puppies, Echolas dan sebagainya dengan harga terbaik!
Tak banyak masa pun, hanya berlangsung sepanjang 3 hari sahaja, jadi apa lagi jangan terlepas pula diskaun dan juga jenama hebat! Jangan lupa ajaklah rakan dan juga ahli keluarga, pasti lagi meriah, kan! |
|