|
Kredit - BH Online
Pelakon Raja Farah memberitahu bahawa dia, suami dan anaknya bakal mengerjakan umrah pada Disember ini.
Ini merupakan umrah kali kedua buatnya sejak umrah pertama Disember tahun lalu, kata Raja Farah berkongsi secara eksklusif kepada BH Online.
“Kami baru saja membuat keputusan ini kerana mahu mengimbau memori ketika mengerjakan umrah, Disember tahun lalu. Ketika itu juga saya sebenarnya sudah dua bulan mengandungkan Imran. Lucunya, saya hanya menyedari diri hamil sekembali ke tanah air.
“Alhamdulillah, kehadiran Imran benar-benar menyerikan lagi hidup kami. Saya sendiri berasa cukup dirahmati dan mengharapkan kebahagiaan ini akan berpanjangan,” kata Raja Farah yang turut berkongsi gambar eksklusif anak sulungnya itu bersama BH Online.
Terdahulu, Raja Farah pernah mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum dan tidak mempunyai zuriat. Jodoh mereka juga tidak panjang apabila memutuskan untuk bercerai.
Pada September tahun lalu, Raja Farah berkahwin pula dengan Iskandar Ismail dan dikurniakan seorang bayi lelaki pada 10 Ogos 2016. - CARI
Raja Farah dan suami, Iskandar |
|