View: 3973|Reply: 17
|
Variasi Kek Keju Terbaik Di Cat & The Fiddle, Durian Dan Oreo Buat Kami Terl
[Copy link]
|
|
oleh Adib ZA
Say cheese! Aduh, enaknya kek keju ini! Terasa setiap teksturnya yang sangat lembut, ditambah dengan perisa buah-buahan sebenar yang digabungkan, menjadikan ia kek keju terbaik yang pernah kami rasai! Tak pula rasa muak meskipun ia mewah dengan campuran keju.
Yeah, buat penggemar kek keju, anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai sendiri Cat & The Fiddle!
Bagi yang belum mengenali jenama ini, ia merupakan 'brand' untuk kek keju nombor 1 dari Singapura! Menariknya kini ia boleh didapati di Malaysia, khususnya bagi anda yang tinggal di sekitar Lembah Klang.
Inilah kek keju durian, perisa terbaharu! Mantap woo!
Apa yang menarik sangat tentang kek keju Cat & The Fiddle? Meh sini kami habaq!
1. Kesemua kek keju yang disediakan menggunakan resipi rahsia daripada Daniel Tay, seorang dessert chef yang dikagumi di Singapura.
2. Menarik sekali, Cat & The Fiddle dijual secara online. Anda hanya perlu memesan sekurang-kurang sehari sebelum, untuk penghantaran terus ke muka pintu anda. Penghantaran adalah percuma! Kini, tak perlu bimbang lagi tentang kek untuk parti hari jadi, bukan? Hanya layari www.catandthefiddle.com.my untuk membuat pesanan!
Kek keju strawberi, bagi penggemar perisa buah-buahan macam kami!
3. Kesemua kek keju Cat & The Fiddle telah mendapat sijil halal daripada JAKIM. Sesuailah untuk 'market' di Malaysia, kan. Tak perlu risau ya!
4. Terdapat 6 perisa kek yang anda boleh pilih mengikut kesukaan masing-masing seperti kek keju New York, strawberry, Oreo, mangga, dan terbaru, mereka baru sahaja melancarkan dua perisa baru iaitu coklat dan juga durian!
Kami telah merasai keenam-enam perisa ini dan setiap satunya memang sangat berbeza dan mempunyai rasa tersendiri. Kek keju durian yang baru dilancarkan, memang terbaik! Ia menggunakan durian premium musang king yang sangat mewah. Bayangkan keju dicampurkan dengan durian! Tak terkata dibuatnya. Anda harus cuba sendiri, baru tahu!
Buat penggemar coklat jangan lepaskan kek keju coklat ini!
5. Kesemua jenis kek dijual dengan berat kira-kira 1.1 kg, 7 inci dan juga harga RM99, kecuali kek keju durian (RM139) dan kek keju coklat (RM119). Harus diingat, harga tersebut adalah termasuk penghantaran ya, kerana penghantaran adalah percuma!
6. Buat masa ini, penghantaran hanya dilakukan di dalam kawasan Lembah Klang sahaja, atau anda boleh membuat self-collection di Bandar Sunway (Landmark: HOPP Cafe).
Kek keju mangga yang sangat menyegarkan, rasa masam-masam manis!
7. Jangan lepaskan peluang promosi terhad, anda boleh menikmati diskaun sehingga 16% sehingga 30 November ini. Hanya perlu taip "romo16" ketika membuat pesanan di laman web Cat & The Fiddle.
8. Anda ingin merasai sendiri kek keju Cat & The Fiddle dalam bentuk potongan slice? Tiada masalah, ia turut dijual (dlam bentuk slice) di beberapa outlet PappaRich terpilih seperti PappaRich Centrepoint, The Gardens, Ampang Avenue, Kota Bahru, Muar dan sebagainya.
Wuhu! Oreo dan keju bergabung, memang meletop beb!
9. Masih tak puas nak menatap kek keju Cat & The Fiddle, masuk sahaja ke laman web mereka di www.catandthefiddle.com.my atau Facebook www.facebook.com/catandthefiddlemy/ dan juga Instagram www.instagram.com/catandthefiddlemy/
Kesimpulannya, kek keju di sini memang sangat terbaik! Pelbagai perisa yang sengaja direka untuk memuaskan kehendak pengguna yang berbeza-beza dan kualitinya, memang premium! Jika anda mencari-cari kek keju dengan pelbagai perisa, dibeli secara online, dan dihantar secara percuma ke rumah anda, Cat & The Fiddle adalah jawapannya....
Sedap tak terkata, rasa buah durian yang sangat mewah!
Kek keju New York yang klasik (kiri) dan juga kek keju mangga jadi pujaan betul.
Tak tahu nak order yang mana satu, rambang mata uols!
|
|
|
|
|
|
|
|
heehhe ..resepi rahsia???
kalau orang islam yang buat sudah tentu aku tak was was...
tapi kalu kapiaq yang buat mintak maaf ler.... |
|
|
|
|
|
|
|
secret sangat entah2... baiklah hakak buat sendiri aje |
|
|
|
|
|
|
|
baca point no 3, versi Malaysia adalah yg mendapat sijil HALAL dari JAKIM |
|
|
|
|
|
|
|
kek keju ni sejuk2 okla nk makan. Makan sikit2 je hehe kalo tak muak |
|
|
|
|
|
|
|
Perghh.terbaikk dan menyelerakann.rasaa macamm nak makan kekk jerrr |
|
|
|
|
|
|
|
The cat & the fiddle?
mcm lagu anak aku
'The cow jump over the moon...' heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Wow nampak menarik boleh le try nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Yg durian tu macam merecik je |
|
|
|
|
|
|
|
Dapnyeeeeeer |
|
|
|
|
|
|
|
hahah tau takpe..hey diddle diddle, the cat and the fiddle
mengekek-ngekek anak mzz kalau dengar lagu ni
btw, kek2 di atas tak nampak menyelerakan pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg kek durian tu nmpk sedapp!! |
|
|
|
|
|
|
|
X pernah try kek durian but looking so yummy |
|
|
|
|
|
|
|
aciik replied at 4-10-2016 12:41 PM
heehhe ..resepi rahsia???
kalau orang islam yang buat sudah tentu aku tak was was...
Sorry ya.
Kalau akak nampak pengotoq nak mampos akak rasa was2 juga nak beli walau orang Islam sekalipon yanh masak.
Ikut pengalaman akak, makan gerai Cina pemakan babi ini tak pernah lagi depa guna straw recycle namun gerai Melayu konon halal toyyiban ini pernah jah akak terkena guna straw recycle dah berkedut abis dek. Ni kat Skudai, Johor.
Akak juga pernah terkena ikan talapia tak buang isi perut, siap berlumpur lagi dalam tu dek, dimasak sambal. Ni kat cafe UTM Johor.
Tak dilupa gerai Melayu depan UiTM seksyen berapa tah tu akak dapat pari masak asam pedas versi dah hanyir bau tengik sangat ibarat bau pencuci lantai dek. Ni semua masa makan baru terasa, masa nak ambik nampak nice, cantik elok je.
Tak pernah akak makan makanan basi/rosak sepanjang akak kunjung mengunjung gerai Cina selet pemakan babi. Hatta kedai Hindu sekalipun tak pernah ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhhhhhhhh best best bestttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
dah ade status halal ni kan...
brg makan dr singapore agak laju dpt status halal meh malaysia ni rasenye...
|
|
|
|
|
|
|
|
Meleleh air liur tengok.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|