Kredit foto: IG Fasha Sandha
Akstres cantik Fasha Sanda telah mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Instagram memohon para peminatnya untuk tidak tertipu dengan laman kelab peminat palsu di Facebook. Dia terkejut sebab bukan satu, tapi ada tujuh laman palsu yang menggunakan namanya.
Fasha bimbang berlaku kekeliruan atau salah faham di kalangan peminat dan merayu supaya individu yang bertanggungjawab menyamar sebagai dirinya untuk berhenti berbuat demikian.
"Lebih teruk jika perkara itu membuatkan peminat terpedaya dengan apa yang dimuat naik," katanya seperti yang dipetik dari Harian Metro Online.
Walau bagaimanapun Fasha sebenarnya tidak marah, dan berterima kasih sebab ramai yang peka untuk membezakan si penyamar dengan dirinya yang sebenar.
"Saya langsung tak marah sebaliknya menghargai pengorbanan masa yang diberikan mereka untuk mewujudkan akaun itu. Saya yakin akaun itu dibuat oleh peminat saya sendiri dan mungkin juga 'admin' kepada produk saya."
Kredit Foto: IG Fasha Sandha
Buat masa sekarang, Fasha menegaskan tidak ada langsung akaun kelab peminat atau apa-apa akaun yang melibatkan namanya di Faceboook.
Dia cuma berkomunikasi dengan peminat melalui akaun Instagram @fashasandha dan Twitter @FashaSandha1.- CARI |