|
Kredit Foto: IG Zarina Zainuddin
Kalau sebelum ini pelakon Zarina Zainuddin hanya memakai tudung di Bulan Ramadhan, tetapi sekarang dia telah mengesahkan sudah bertudung penuh. Zarina mengakui yang imannya masih belum kuat namun sangat bersyukur kerana dikurniakan keluarga sempurna, anak-anak dan madu yang baik.
Menurut katanya kepada Berita Harian, Keputusan ini diambil selepas dia dapat berasakan seolah-olah ada suara yang mengajaknya berubah ke arah kebaikan selepas menunaikan solat Subuh.
"Saat itu, seakan-akan ada suara yang berkata, berubahlah untuk kebaikan. Kemudian saya berdoa kepada Allah, kenapa saya tidak mendapat hidayah-Nya, apakah saya jahat atau adakah hati saya keras untuk mengikut suruhan-Nya? Sedangkan, saya sudah berasa semua kesusahan, kesenangan dan kebahagiaan yang Allah beri."
Kredit Foto: IG Zarina Zainuddin
Disebabkan masih baru bertudung, Zarina berasa agak bimbang tentang cabaran dan dugaan yang akan dilalui pada masa akan datang.
"Sejujurnya, saya selesa dengan perubahan ini. Selama ini, pengikut laman sosial juga sering mendoakan saya. Mereka banyak memberi sokongan. Cuma saya tidak berani untuk bercerita lebih-lebih," jawab Zarina apabila ditanya lebih lanjut mengenai penghijrahannya.
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Zarina. -CARI |
|