Sekeping gambar mampu menceritakan segala-galanya. Begitulah perumpamaannya terhadap satu gambar yang menjadi viral di laman sosial ini.
Seorang peniaga tepi jalan dilihat berhenti seketika daripada berniaga untuk mengerjakan solat, ternyata gambar tersebut memberi impak yang mendalam kepada netizen.
Tanpa memerlukan kawasan yang selesa dan juga sempurna, wanita tersebut didapati mengerjakan tanggungjawab terhadap tuhan, hanya beberapa meter sahaja dari gerainya.
Tidak pula berasa malu dan juga segan, meskipun bersolat secara terbuka. Mungkin kerana tiada pilihan, atau itulah pilihan sahaja yang ada.
Namun, netizen yang menyaksikan kejadian terbabit tidak melepaskan peluang untuk merakam detik tersebut. Katanya, dia terkedu melihat peniaga sanggup solat di tepi jalan seperti itu, satu situasi yang jarang dilihat di negara ini.
"Kita yang kerja dalam aircond ini belum tentu nak berdiri mengadap Ilahi dalam keadaan zon kita amat selesa.
"Tapi lihatlah betapa diri ini kaki melihat beliau berdiri di bawa sinaran matahari berbunbungkan pokok beralaskan tanah.."
Itu antara yang diluahkan oleh netizen ini yang nyata berasa kagum dengan peniaga tersebut.
Dalam pada itu, gambar berkenaan benar-benar menarik perhatian pengguna media sosial yang lain. Sehingga kini, hanya dalam masa 3 hari selepas dimuat naik, ia telah dikongsikan oleh hampir 7,000 pengguna!
Bukan itu sahaja, rata-rata mereka menyatakan perasaan berbangga dan juga mendoakan kebaikan buat peniaga tersebut, moga semakin dimurahkan rezeki.
Apa pendapat anda dengan perkara ini? Adakah ia berjaya menyentuh dan menyentap perasaan anda pada waktu ini? - CARI
Post time 11-10-2016 07:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mungkin dekat Malaysia keadaan ni pelik.. sbb standard org kita nk solat kena g masjid surau.. tp mana tahu dgn viral ni org byk beli dkat akak ni... rezeki dia..
Post time 11-10-2016 07:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mungkin dekat Malaysia keadaan ni pelik.. sbb standard org kita nk solat kena g masjid surau.. tp mana tahu dgn viral ni org byk beli dkat akak ni... rezeki dia..
Post time 11-10-2016 08:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ya ampun bukannye dia solat bawah panas terik yg ko nak terkedu. Bawah pokok rimbun dgn angin sepoi-sepoi bahasa lagi. Bilik aku ni ha lagi panas sampai ke malam.
Post time 11-10-2016 10:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
missDollie replied at 11-10-2016 11:57 AM
Aku lagi terkedu dengan jantan tak pegi solat jumaat..merayau kat shopping complex macam datang peri ...
tu hari ada sepasang couple. yanh awek tu pakai tudung. laki tu ada honda vtec. aku dok perati aku gi solat jumaat dia baru smpai minum borak2. aku dah habis jumaat diorang kat situ lagi. aku lalu depan diorang aku geleng geleng kepala