Sumber: adahsyafiah.blogspot.my
Kita semua mesti pernah makan kerabu dan biasanya yang mudah didapati adalah kerabu mangga, kerabu kaki ayam,kerabu ulam-ulaman, tapi kali ini apa kata kita tukar selera sikit dengan mencuba Kerabu Bronok.
Dengar nama sahaja sudah pelik bukan? Buat pengetahuan, Bronok adalah spesies hidupan laut dan bagi mereka yang gemarkan cabaran boleh cuba makan hidangan ini.
Rupa Bronok seakan-akan gamat atau timun laut yang hidup di kawasan pantai berselut di Langkawi. Ia boleh didapati menggunakan dua cara iaitu dengan menyelam dan menggunakan bot atau sampan di tengah lautan.
Sumber: auntummawar.blogspot.my
Teksturnya licin dan berwarna hitam kalau sudah tua dan merah jambu jika masih muda. Bagi sesetengah orang melihat fizikal Bronok sahaja sudah cukup menggelikan kerana sekali pandang nampak macam seekor lintah gergasi.
Namun tidak bagi penduduk di negeri kelahiran Mahsuri ini kerana ia adalah antara hidangan wajib untuk disediakan ketika majlis kenduri-kendara.
Senang sahaja nak buat kerabu ini, apa yang penting adalah bersihkan Bronok dahulu dan kemudian gaulkan dengan sambal kelapa, bawang, cili, lengkuas dan kerisik serta daun gajus yang siap diracik.
Sumber: Astroawani.com
Tambahan pula ianya akan menjadi lebih enak jika dimakan bersama-sama nasi putih yang panas beserta lauk-pauk.
Bagi mereka yang berkunjung ke Langkawi tidah sah sekiranya tidak mencuba makanan eksotik ini kerana ianya senang didapati di kebanyakan kedai makan di sana. Rasanya agak masin dan isinya kenyal pasti membuka selera anda! -CARI |