View: 1441|Reply: 2
|
Samsung Galaxy Note 7 Dilarang Dalam Semua Penerbangan Kumpulan Air Asia
[Copy link]
|
|
Berikutan keputusan Jabatan Pengangkutan AS baru-baru ini yang melarang peranti itu dan ketika laporan mengenai unit gantian yang terbakar, semalam dalam satu kenyataan media, syarikat penerbangan tambang rendah Air Asia memaklumkan atas sebab keselamatan semua penumpang dilarang sama sekali membawa telefon mudah alih Samsung Galaxy Note 7 ke dalam semua penerbangannya mulai tengah malam tadi.
Larangan itu termasuk yang dipanggil balik dan peranti gantian pada diri mereka, dalam beg kabin, bagasi daftar masuk atau sebagai kargo.
Mana-mana penumpang didapati membawa peranti tersebut tidak akan dibenarkan menaiki penerbangan.
Larangan itu meliputi semua penerbangan dikendalikan Kumpulan AirAsia, yang terdiri daripada AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand, AirAsia Indonesia, AirAsia Philippines, AirAsia India, Malaysia AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X. - CARI
sumber foto: internet |
|
|
|
|
|
|
|
jangan ada yak degil bawak gak.. kang meletop kapal terbang mula la nk meroyan salahkan org itu ini.. sama gak kedegilan penumpan kapal terbang masa time nk fly mgan landing.. dah di kasi tau matikan hp still ada yak begayut.. gerammm je : |
|
|
|
|
|
|
|
Pemilik Note 7 tu baiklah pergi tukar dengan model lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|