View: 3099|Reply: 17
|
Perut Asyik Lapar? Awas, 7 Sebab Kenapa Perkara Ini Terjadi
[Copy link]
|
|
Sumber Foto: holisticblends.com
Baru sahaja sekejap tadi makan, dah lapar balik? Memang ada sesetengah di antara kita selalu menghadapi msalah ini kan?
Ianya adalah sesuatu yang normal jika berasa lapar kalau tidak makan untuk tempoh masa yang lama atau penat selepas melakukan aktiviti fizikal.
Namun, kadang-kadang kita kerap berasa lapar tidak kira berapa kerap dan berapa banyak makanan yang sudah dimakan.
Jadi kalau nak mengatasi masalah ini, kenalah tahu puncanya dahulu. Jom tengok kenapa kita sentiasa rasa lapar.
1.Tidak ambil sarapan pagi
Tabiat begini perlu segera dihentikan kerana sarapan pagi adalah hidangan yang wajib diambil setiap hari. Ia akan memastikan gula dalam darah kita stabil dan protein yang diambil semsasa sarapan pagi mampu menampung rasa lapar dalam jangka masa yang lama.
2. Badan anda sebenarnya mengalami dehidrasi
Ada beberapa situasi yang menyebabkan anda keliru, dan ini bukan bermaksud anda perlu makan setiap kali berasa lapar. Sebenarnya ia mungkin disebabkan badan anda mengalami dehidrasi dan hanya memerlukan air. Jadi lepas ini, cuba amalkan pengambilan air dengan secukupnya.
3. Anda makan makanan yang mengandungi 'empty calories'
Emptty calories adalah makanan yang mengandungi paras gula atau kandungan lemak dan minyak yang tinggi. Elakkan pengambilan terlalu banyak dan bertukarlah kepada hidangan sihat yang penuh dengan nutrien.
4. Tidak cukup tidur
Jika kita kekurangan tidur, badan akan menjadi lesu dan letih serta akan memerlukan tenaga tambahan dan ini menyebabkan kita akan berpanjangan berasa lapar.
5. Pengambilan protein yang tidak mencukupi
Tambah lebih banyak protein dalam diet anda. Selepas makan protein, anda akan kekal kenyang untuk tempoh yang lama kerana makanan akan dicerna dalam tempoh masa yang panjang.
6. Anda sebenarnya sedang kebosanan
Ada yang selalu berasa lapar disebabkan tengah berasa bosan, dan kalau ini terjadi anda perlu kuat untuk menahan godaan. Cari aktiviti lain yang boleh menghiburkan hati dan buat anda lupa tentang makan berulang kali.
7. Ada masalah kesihatan
Jumpa doktor untuk mengetahui penyebab sentiasa kelaparan kerana mungkin ianya adalah isyarat penyakit kencing manis. Jadi, jangan bertangguh untuk melakukan pemeriksaan segera di hospital atau klinik berdekatan.
Bagaimana pula dengan anda, pernah ke berhadapan dengan situasi asyik lapar sahaja seperti ini? -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Good info sharing..thank you |
|
|
|
|
|
|
|
patotlah bekas madu sis gemok, sebab xda life, kebosanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila kebosanan melanda, mulut mula gatai nak mengudap |
|
|
|
|
|
|
|
saya pon sama... dan org lain pon gini gak rasanya
|
|
|
|
|
|
|
|
betul sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
ha, kan dah kata?
|
|
|
|
|
|
|
|
eh..saya bila kebosanan bukan makan tapi jalan2 ambik angin kat luar
makan ni bila rasa nak makan je..
|
|
|
|
|
|
|
|
lapar pulak baca artikel ni,.. |
|
|
|
|
|
|
|
sy bila boring, mkn je, tu yg kena ada kismis, kacang etc
|
|
|
|
|
|
|
|
wah bagusnya...elok tu makan kismiserr..doc, nanti saya bagi tahu ya pasal pesta wau tu..
dammerung tak tension la..okey je..
hehe..buat andaian sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
ha memang nak tau... kat kg saya thn lepas ada lawan burung..yg letak dlm sangkar dan judge gi bawah sangkar dan burung nyanyi nyanyi dan dia judge sapa yg menang sebab nyanyi best tuh. tahun ni kat kg tu ada pertandingan kucing...mak saya masuk dapat no. 2..dah citer rasanya
|
|
|
|
|
|
|
|
eh bestnya ada pertandingan burung dan kucing!
kat morak tumpat pun, ada pertandingan suara burung..burung merbuk
|
|
|
|
|
|
|
|
ha, ye lah tu..terlenggok lnggok saya tgk buung dalam sangkar tunggu dia bunyi
|
|
|
|
|
|
|
|
Hey bro! Hi kawan2!!
Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
saya pernah kena beberapa kali sejam lepas makan perut lapar balik. buat tak tahu sampai masuk angin. bila cek klinik, katanya asid dalam perut tinggi. lepas makan ubat tu normal semula |
|
|
|
|
|
|
| |
|