Lagu 'Pen Pineapple Apple Pen' (PPAP) yang menampilkan penyanyi dan penulis lirik Jepun Piko-Taro yang mengulang perkataan Pen (pen), Pineapple (nenas) dan Apple (epal).
Sebelum ini ianya bukan sekadar viral di media sosial, malah menjadi fenomena di kalangan masyarakat pelbagai lapisan di seluruh dunia termasuk artis antarabangsa dan orang kenamaan turut meniru gaya nyanyian.
Baru-baru ini Billboard.com melaporkan, lagu tersebut telah berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 hasil jumlah penstriman yang memberangsangkan.
Difahamkan, setelah menerima 5.7 juta penstriman melalui YouTube di Amerika Syarikat, lagu PPAP memasuki tangga ke-77 pada 29 Oktober.
Lagu berdurasi 45 saat itu turut diiktiraf oleh Guinness World Records menjadikan ia lagu paling pendek pernah tersenarai dalam carta Billboard.
Lagu itu dimuat naik pada Ogos dan kini menerima hampir 200 juta tontonan di YouTube.- CARI
Post time 30-10-2016 12:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Selera muzik skrg ni sgt2 pelik... org2 dulu lebih menghargai muzik yg tulen seperti vision of love... i will always love you.... because you loved me.... listen.. to semua
Post time 31-10-2016 08:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Piko Taro nie seorang pelawak terkenal kat Jepun,x sangka lagu PPAP meletup,walaupun memula x leh nak hadam...cuma suka ngok dia buat lawak PPAP tu jek