Pelik, tapi menarik! Kebiasaannya fokus utama dalam sesebuah perkahwinan adalah pengantin lelaki dan wanita. Namun, pasangan ini disatukan oleh seekor beruang!
Menurut Daily Mail, Denis dan Nelya, 30, berasal dari Moscow, Russia, menjadikan beruang yang dikenali sebagai Stepan sebagai pembawa cincin mereka. Malahan, dia hadir ke majlis dengan memakai tali leher kupu-kupu berwarna hitam.
Beruang itu juga mengambil peranan 'Tok Kadi' yang menyatukan kedua-dua pasangan itu di hari yang sangat bersejarah.
"Kami tahu Stepan adalah beruang jinak, namun kami tetap mengambil langkah berjag-jaga. Kami sangat gembira impian kami tercapai.
"Ia satu pengalaman yang amat berharga dan istimewa dapat bergambar dengan Stepan. Kami akan mengigati hari bersejarah ini selama-lamanya," Kata Denis.
Jurugambar Rusia, Olga Barantseva berjaya mengabadikan saat bahagia pasangan itu bersama Stepan dalam rakaman foto yang sangat indah!
Sumber foto: Daily Mail
Beruang berketinggian tujuh kaki itu berusia 23 tahun dan merupakan beruang peliharaan pasangan kekasih Rusia, Svetlana dan Yuriy Panteleenko sejak berusia tiga tahun selepas ditemui pemburu di dalam hutan. - CARI