View: 3040|Reply: 12
|
Siling Klinik Kesihatan Taiping runtuh
[Copy link]
|
|
TAIPING: Klinik Kesihatan Taiping (KK Taiping) di Jalan Tupai terpaksa ditutup petang ini selepas beberapa bahagian siling di aras satu runtuh akibat hujan lebat.
Video yang tersebar di media sosial menunjukkan air hujan mengalir keluar daripada siling dan sebahagian besar siling aras utama runtuh.
Menurut catatan di media sosial, hujan lebat turun hampir 2 jam apabila tanda-tanda kebocoran siling dikesan.
KK Taiping itu yang terbesar daripada 5 klinik kerajaan di bandar Taiping, Perak. Dibuka pada 2007, perkhidmatan pesakit luar Hospital Taiping dipindahkan ke klinik itu bagi memenuhi pertambahan pesakit luar.
Menurut statistik Kementerian Kesihatan, kira-kira 1,000 pesakit mengunjungi KK Taiping setiap hari seraya menjadikan KK Taiping antara klinik kerajaan paling sibuk di negara ini.
Pesakit di klinik itu dilencongkan ke Hospital Taiping dan klinik kerajaan lain, termasuk di Pokok Assam, Simpang dan Kamunting.
Kakitangan perubatan di KK Taiping juga ditugaskan di klinik lain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kenapa projek gomen berkaitan kesihatan khususnya byk kes siling runtuj yer |
|
|
|
|
|
|
|
klinik ni besar mcm hocpital..
cantik |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti material murah tak pon contactor tak terlatih 
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sampai 10 tahun dah bermasalah. Bangunan2 lama kat tempat aku ni sebaya nenek2 pun jarang meragam. Kalau meragam pun patut la. Nama pun sebaya nenek2  |
|
|
|
|
|
|
|
Hujan Lebat 2 Jam, Siling Klinik Kerajaan Runtuh
Akibat hujan lebat, beberapa bahagian siling di aras satu Klinik Kesihatan Taiping (KK Taiping) di Jalan Tupai runtuh, menyebabkan klinik itu ditutup.
Daripada video yang tersebar luas di media sosial, dapat dilihat air hujan mengalir keluar daripada siling sehingga sebahagian besar siling aras utama runtuh.
Menurut catatan di media sosial seperti FMT, hujan lebat berlaku selama dua jam sebelum tanda-tanda kebocoran pada siling dikesan dan mambanjiri sebahagian besar lantai klinik itu.
Pesakit dan kakitangan perubatan yang berada di klinik itu kemudiannya dipindahkan ke Hospital Taiping dan klinik kerajaan lain, termasuk di kawasan Pokok Assam, Simpang dan Kamunting.
Sumber video: Youtube
Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan selain kerosakan harta benda. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti kontraktor bumiputra yg buat tu..nak cut cost sbb terpaksa huluq sana sana  |
|
|
|
|
|
|
|
itula, ntah2 projek lain tak gune siling lagi kot..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|