Selepas enam bulan tinggal berasingan, Dira Abu Zahar akhirnya mengakui dia dan suami, Helmi Yusof sudah tidak tinggal sebumbung.
“Memang sejak Jun lalu kami sudah tidak lagi tinggal bersama. Malah, tiada komunikasi langsung diantara kami hingga ke saat ini. Baik saya mahupun dia, masing-masing meneruskan kerja kami seperti biasa. Saya sendiri ketika ini hanya menunggu keputusan rasmi kerana ia turut membabitkan pihak mahkamah, ada perkara belum diselesaikan," katanya kepada Berita Harian Plus.
Menurut Dira, kemelut rumah tangga mereka berpunca daripada kesibukan mereka berdua dengan kerjaya masing-masing.
Dira, bagaimanapun menafikan punca kepincangan rumah tangga mereka adalah disebabkan kehadiran pihak ketiga.
"Keretakan hubungan kami berpunca dari diri kami sendiri yang gagal mengurus masa ekoran sibuk dengan tuntutan kerja sehingga tanggungjawab sebagai suami isteri terabai," jelasnya.
Sumber foto: IG Dira Abu Zahar
Menurut sumber, Helmi dikatakan telah melafaz talak ke atas Dira sekaligus mengesahkan gosip kepincangan rumah tangga mereka. - CARI |