View: 2975|Reply: 13
|
Menang Mengejut, Ini Umpan Trump Tarik Undi Muslim US
[Copy link]
|
|
Sejarah baru dunia tercipta apabila calon dari parti republikan, Donald Trump diumumkan sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 menewaskan Hillary Clinton penuh dengan kontroversi.
Sumber foto: The Independent
Pemilihan itu merupakan yang paling sengit dalam sejarah pilihanraya presiden AS di mana Hillary menerima 59,923,027 kertas undi lebih banyak daripada Trump yang hanya menerima 59,692,974 kertas undi.
Namun, di saat-saat terakhir, Trump berjaya menewaskan Hillary dengan meraih 306 undi perwakilan tempatan berbanding Hillary yang hanya memperoleh 232 undi daripada keseluruhan 538 undi, sekali gus melakar sejarahnya tersendiri apabila dia menang bergaya tanpa publisiti positif.
Menurut portal The Independent yang mendedahkan rahsia kejayaan Trump, faktor terbesar kejayaannya itu adalah tindakan pantas pasukan kempen Trump segera ‘menghilangkan’ kenyataan dan video ucapannya yang berbau perkauman beberapa hari sebelum pengundian bermula.
Kenyataan itu memaparkan hasrat Trump yang ingin mengharamkan umat Islam daripada memasuki AS sehinggalah mereka dapat menyelesaikan konflik serangan maut pengganas IS.
Tindakan pantas 'membuang' kenyataan penuh kontroversi itu kemudian dihebahkan menerusi laman media sosial tempatan sebagai menarik pengundi Muslim di AS. Malah, ia berjaya mempengaruhi kira-kira tiga juta umat Islam di seluruh AS untuk beralih arah mengundi wakil Republikan itu secara senyap.
Sumber foto: The Telegraph News
Trump yang berpegang kepada nilai agama dan moral tinggi, berjaya 'menjauhkan' orang ramai dari mengundi Hillary yang menyokong gerakan LGBT, fahaman Pluralisme dan Liberalisme.
Malahan, kemenangan Trump turut disambut baik kesemua pemimpin negara Islam terutama rantau Asia Barat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Persoalannya, bagaimanakah Trump akan menerajui AS selepas mengangkat sumpah jawatan secara rasmi pada 20 Januari depan? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa le cakap tengah berkempen mana sama dengan bila dah masuk office. Mesti layen citernya nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
percaya lh korang dgn Trump nie die pon sendiri dh ckp yg die nie anti islam so jangn tanye kenape kalau betul2 die tolong israel untuk dapatkn baitul maqdia dari orng palestin |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pon agk kurang percaya dgn dia ni.. kt tgk jela nti mcmana
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa pernah tgk apprentice, pasti tahu dia ni seorg yg tak berkompromi pd sesiapa pun.
even kalau yg buat salah tu ialah org bawahan, team leader akan dipersalahkan dan kena pecat.
dan cara bisnes minded dia very out of the box..
calon apprentice yg ade master sekalipun or yg ade experience giler babi punya pun selamba je dia belasah dlm meeting board..
so, pd pendapat me dia adalah seorg yg transparent dan direct to the points, takde berfalsampah dan berpolitaik bagai...
dia punya sarcsm tu biasalah... just a gimik to gain popularity je..
kalau pikir logik selalunya ahlil politaik masa berkempen selalunya cakap yg elok2 jer.. kan..
giler laa kalau cakap benda yg boleh memusnahkan kempen sendiri..
tp dia ni berani sial... he got that aura..
kalau refer balik program apprentice tu, u can feel the honest and transparent of him besides from the tengking, marah, and kutuk depan2 muka...
a very good leadership i hope..
|
|
|
|
|
|
|
|
cuma kita berharap dia akan mendapat hidayah suatu hari nnt..
itu je yg boleh didoakan
even umar al khatab dulu pun terlalu memusuhi nabi dan ingin membunuhnya..
tapi at the end..
its the power of hidayah
|
|
|
|
|
|
|
|
Trump yang berpegang kepada nilai agama dan moral tinggi, berjaya 'menjauhkan' orang ramai dari mengundi Hillary yang menyokong gerakan LGBT, fahaman Pluralisme dan Liberalisme.
reallllllly? tu yg pertandingan ratu dunia missworld yg exploiting wanita dan memalukan nilai wanita ?
tu nilai apa? itu bebas nilai
|
|
|
|
|
|
|
|
aku takut dgn budak jaman skrang nie dorng pandang bende nie remeh temeh je....x takut langsung..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|