"Berhenti adalah bagi mereka yang mudah mengalah."
Penyanyi, Yuna atau nama sebenar Yunalis Mat Zara'ai menegaskan dia tidak akan menjadikan kemenangan Donald Trump dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat sebagai penghalang untuk terus membina kerjaya muzik di negara itu.
Berhubung statusnya di negara itu, Yuna menjawab pertanyaan peminat melalui akaun Twitter bahawa dia akan terus menyampaikan mesej positif menerusi muzik.
"Sudah pasti saya akan meneruskan karier muzik di AS! Masih banyak muzik yang perlu dihasilkan dan mesej penting yang mesti disampaikan," katanya.
Ekoran pilihan raya presiden AS 9 November lalu, peminat bimbang dengan keadaan Yuna di negara itu memandangkan Trump begitu prejudis terhadap Islam dan orang Islam.
Selepas pengumuman kemenangan Trump, Yuna memuat naik status yang menegaskan dia akan terus bekerja keras dalam memupuk rasa cinta dan saling hormat-menghormati.
"Nampaknya kita harus bekerja keras dalam memupuk rasa cinta, saling menghormati dan memahami di antara satu sama lain," katanya.
"Saya akan pulang ke Malaysia atas urusan kerja dan keluarga. Tetapi ingat, pelajar Malaysia di sini (AS) perlu terus tinggal dan habiskan pengajian mereka. Kena jadi berani seperti mereka," jelasnya.
Sumber foto: Twitter Yuna
Sama-samalah kita doakan kejayaan Yuna untuk menghasilkan muzik dan menyampaikan mesej penting kepada orang ramai dalam masa sama. - CARI
Post time 14-11-2016 10:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dalm hati yuna taw......Yuna kene kutuk dgn org malaysia lg teruk..
Orang US lg menhargai beliyau
Aku setuju kl yuna terus je menetap di US utk kerjaya beliyau
Kat malaysia ni yuna akan dianggap bakal ke neraka.... sebab aurat tutup x sempurna... bersalaman lelaki..... pendek kata susah la nak ke syurga..
bak kata karats tok ti
tok ti x migrate pun mampu buat persembahan kat Royal albert hall .....
you go girl!!!!!!!!! ........ I support dari jauh Yuna
kalau ko balik malaysia pun .... rasa mulut puaka acik2 kepam lahanat feeling kesorga lagi berbisa dari Trump Yuna oiiiii .........
yes quit for quitters ...... be strong ... tak mau kena hencap terus undur diri ... opsssss
nak takut apa..lagi pun Yuna dah bukti kan dari bertudung tutup leher.. dan sekarang berserkup kepala... lepas ni kalau bukak tudung teurs pun tak de masalah sebab nak fofoular kat US..
Post time 14-11-2016 02:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Muzik jenis yuna kalau sheols blk msia xkan ke mana. So better stay kt sana. Mana tahu one day trump tiba2 hadir dalam satu event yg mana yuna ada buat show jugak. tiba2 heols jatuh cinta dgn muzik yuna and akan ubah fikiran psl islam. Semua tu xmustahil kan? Kot2 heols plak yang nk funding project utk karier yuna plak kat sana. Amin amin amin. Bak kata org, kill them with kindness gitu konsepnya.