Sumber Foto: IG Ayda Jebat
Kesian betul dengan penyanyi dan pelakon hebat, Ayda Jebat kerana mengalami demam panas sejak beberapa hari lepas disebabkan terlalu penat bekerja.
Keadaan kesihatan Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 24 adalah tidak menentu dan difahamkan yang dia disyaki menghidap demam denggi.
"Selepas pulang dari Singapura pada 9 November lalu, saya terus ke sesi latihan separuh akhir Muzik-Muzik 31 di Sri Pentas (Plaza Alam Sentral, Shah Alam). "Sudah beberapa hari kerja saya bersambung-sambung, termasuk mengadakan latihan. Mungkin kerana terlalu letih, ia membuatkan saya tidak sihat," luahnya pada Berita Harian.
Terlalu Penat Bekerja, Ayda Jebat Alami Demam Panas Berlarutan
Walau bagaimanapun, pelantun lagu Pencuri Hatiku ini meminta supaya peminatnya tidak risau dengan keadaan dirinya memandangkan dia hanya memerlukan rehat beberapa hari sahaja.
Dalam perkembangan lain, Ayda telah dipilih untuk mewakili Malaysia untuk menyanyikan lagu tema bagi filem animasi Disney berjudul Moana.
"How Far I'll Go ialah lagu balada pertama saya nyanyikan. Saya pun tidak menyangka dipilih menyanyikan lagu ini. Ia peluang besar buat saya untuk melangkah lebih jauh dalam kerjaya nyanyian," ujarnya.
Apa-apa pun diharapkan supaya Ayda Jebat akan segera pulih dari demam. Nikmat kesihatan itu sebenarnya adalah jauh lebih penting dari wang ringgit, tak bergitu? -CARI |