View: 3649|Reply: 10
|
Sukar Untuk Mencari Makanan Halal Di Korea? Kini Tidak Lagi Dengan Kupon Halal K
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-MAL at 16-11-2016 07:31 PM
Korea menjadi antara lokasi wajib dan pilihan pelancong Malaysia khususnya sebagai destinasi percutian. Selain terkenal dengan keindahan istana dan budaya tradisional yang unik serta muzik K-pop dan drama Korea yang menarik, negara itu juga popular dengan pelbagai tempat menarik untuk dilawati oleh pelancong Muslim.
Walau bagaimanapun, pasti ramai pelancong Muslim merasakan ianya seperti suatu cabaran untuk mencari makanan halal di ‘negara orang’.
Jangan gusar kerana Organisasi Pelancongan Korea (KTO) kini menganjurkan program ‘Halal Restaurant Week’ yang bermula pada 1 November, sehingga 10 Disember 2016, untuk memberi pelancong Islam maklumat terkini berkenaan restoran mesra Muslim di seluruh negara.
Dalam usaha Kerajaan Korea untuk menjadikan negara yang mesra Muslim, Minggu Restoran Halal ini dilihat mampu memenuhi keperluan pelancong Muslim.
Apa yang menariknya, sempena program ini satu set kupon akan diberikan kepada pengunjung Muslim yang menyertai kempen ‘Discover Korea Your Way’ (DKYW) di Korea Plaza di KL. Jangan risau, kepada yang bukan Muslim pun boleh mendapatkannya.
Set kupon ini menyediakan maklumat mengenai 136 restoran halal dan mesra Muslim di beberapa kawasan di Korea. Secara tak langsung, amat memudahkan perjalanan pelancong Muslim ke sana!
Kebanyakan dari restoran itu pula menawarkan pelbagai promosi seperti diskaun harga, menu halal istimewa, majlis 1+1, dan hidangan sampingan. Malah, pelbagai hadiah percuma hebat turut diberikan seperti minuman diperakui Halal (Korean rice punch, Sikhye).
Dengan menggunakan kupon ini, pelbagai peluang dan hadiah percuma boleh dimenangi peserta, selain berkongsi pengalaman mereka di laman sosial.
Selain itu, KTO juga telah memperkenalkan klasifikasi rasmi untuk 136 restoran mesra Muslim di seluruh Korea bagi memudahkan pelancong Muslim mencari makanan ketika berada di Korea. Lihat jadual di bawah:
Peningkatan Jumlah Ruang Solat
Bagi memenuhi keperluan menunaikan solat, lebih banyak tempat solat dibina di kawasan tarikan pelancong seperti Pulau Nami, Lotte World, COEX Mall dan K-Style Hub, sebuah pusat informasi pelancong oleh KTO di Seoul. Selain Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan Gimhae.
Pelancaran Aplikasi 'HalalKorea'
Aplikasi HalalKorea ini menghubungkan pelancong Muslim dengan pelbagai kemudahan Halal di Korea. Aplikasi ini dicipta untuk memberi informasi seperti waktu solat dan kiblat, serta tempat untuk mendapatan makanan mesra Muslim.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah muat turun tiket pertukaran dan tebus kupon itu di Incheon atau Seoul.
Bagaimana Nak Tebus Set Kupon ini?
1.Kepada ahli Kelab Kaki Korea yang akan berkunjung ke Korea dalam tempoh program berlangsung, anda akan menerima kupon Halal Restaurant Week secara PERCUMA apabila anda menebus Discover Korea Your Way di Korea Plaza, Menara Hap Seng, KL. Set kupon ini turut diberikan kepada pelancong bukan Islam atas permintaan.
2.Jika anda sudah menebus kupon DKYW ini, sila lawati Korea Plaza semula dan tunjukkan Kad Pengenalan berserta jadual penerbangan untuk menebus set kupon ini (sementara stok masih ada).
3.Untuk maklumat lanjut mengenai Minggu Restoran Halal, sila layari: www.visitkorea.com.my/event. |
|
|
|
|
|
|
|
nak kupon tu...tp duit nk beli tiket flight xd lg la... |
|
|
|
|
|
|
|
lambakan muslim di korea.....korea pon ader koreaxit tak?hehehhee
tapi bestnyaaa...leh la p korea lagi kelak....takyah penin dah carik makanan halal....wohooo |
|
|
|
|
|
|
|
Halal Korea sama halal jakim? |
|
|
|
|
|
|
|
Best nyer lebih-lebih lagi kalau d sertakan kupon potongan setengah rega flight ke Korea
|
|
|
|
|
|
|
|
sama
Sorry, your post is shorter than 10 bytes.
|
|
|
|
|
|
|
|
Makanan Korea setaraf cat food.ewwew |
|
|
|
|
|
|
|
Hey bro! Hi kawan2!!
Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Makanan korea cantik warna warni nmpk sihat..tp org kata rasa x seindah rupa eh |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for info |
|
|
|
|
|
|
| |
|