View: 7386|Reply: 102
|
[Tempatan]
Akhirnya BN mengaku F1 merugikan negara RM300 juta setiap tahun, penganjuran dih
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Malaysia tidak akan menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) pada 2019 iaitu selepas kontrak penganjurannya tamat pada 2018.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan itu diambil berikutan kerajaan perlu membelanjakan sehingga RM300 juta bagi menganjurkannya sedangkan pulangan yang diterima tidak setimpal.
Katanya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini jumlah kehadiran peminat F1 semakin merosot dan perkara tersebut bukan sahaja dialami di Malaysia tetapi juga seluruh dunia.
Jelasnya, kerajaan baru sahaja memperbaharui kontrak penganjuran F1 untuk tempoh dua tahun dari 2016 hingga 2018 dengan kos berjumlah RM1 bilion dan selepas itu tiada lagi penganjuran sukan bermotor berkenaan di negara ini.
“Mahal sangat, duit kita mengalir keluar negara banyak sangat, sangat mahal.
“Setiap tahun kita kerugian RM300 juta, dari segi penganjuran kita belanja kira-kira RM300 juta selain itu, duit kemenangan Grand Prix pun tiada lebih baik panggil pelancong China datang,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Mohamed Nazri menambah, apa yang lebih menyedihkan tiada pelumba negara menyertai F1 dan beliau berpendapat keputusan untuk menghentikannya adalah tepat.
Kata beliau, senario serupa tidak berlaku dalam perlumbaan MotoGP yang mana kehadiran penonton semakin meningkat saban tahun.
“MotoGP boleh, selain itu rakyat kita mampu memiliki motorsikal walaupun kapcai.
“Sekurangnya-kurangnya dalam masa 20 tahun kita lahirkan dua pelumba yang tidak kurang hebat.
“Sekurang-kurangnya ada pelumba kita yang menang dan salah satu sebab kita anjurkannya adalah kerana rakyat kita ada yang terlibat,” katanya.
Malaysia menempa sejarah sebagai negara Asia Tenggara pertama menganjurkan perlumbaan kereta paling berprestij dan berteknologi tinggi itu pada 1999, yang menyaksikan pemandu Ferrari, Eddie Irvine dari Britain muncul juara sulung.
|
|
|
|
|
|
|
|
ini legasi siapa agaknya?? |
|
|
|
|
|
|
|
Elok pun batal...takde faedah pun F1 tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
SIC masih cuba selamatkan F1 Malaysia
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Meskipun pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerima banyak tekanan untuk menghentikan penganjuran Formula 1 (F1), namun Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan perlumbaan.
Katanya, SIC akan cuba sedaya upaya mencipta impak positif dalam baki dua tahun kontrak penganjuran bersama Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) iaitu pada 2017 dan 2018
Begitupun Razlan mengakui, seandainya dua pengajuran tersebut masih tidak memuaskan maka beliau menyerahkan kepada kerajaan sama ada mahu menyambung kontrak penganjuran atau tidak.
“Kita masih mempunyai dua kali lagi penganjuran F1 iaitu tahun 2017 dan 2018. Pastinya kita akan melakukan yang terbaik dengan merencanakan perancangan sebaik mungkin bagi musim depan dan 2018.
“Bukan tahun sebelum ini kita tidak melakukan yang terbaik, sebaliknya setiap tahun kita sentiasa memperbaiki, meningkatkan dan mencari jalan penyelesaian.
“Masalah utama kita adalah kemerosotan kehadiran penonton tempatan yang mungkin tidak lagi berminat melihat perlumbaan tersebut. Kalau dibandingkan dengan penonton luar negara memang konsisten dari segi jumlah kehadiran.
“Jika impak ekonomi dan pulangan tidak memuaskan dalam dua edisi akan datang... ia terpulang kepada kerajaan sama ada mahu sambung atau tidak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed NazriAbdul Aziz hari ini memberitahu, Malaysia tidak akan menjadi tuan rumah F1 selepas kontraknya tamat pada 2018 kerana ia tidak memberi pulangan setimpal.
Kata Nazri, kerajaan perlu membelanjakan sehingga RM300 juta untuk menganjurkan perlumbaan tersebut.
Tambah Razlan lagi, SIC mempunyai tanggungjawab untuk memastikan peruntukan dana yang diberikan kerajaan bagi membayar hak penganjuran kepada FIA digunakan dengan baik.
“Kita tidak mahu sambung penganjuran dari segi sentimental semata-mata walaupun kita telah anjur perlumbaan ini sejak 1999.
“Tidak boleh terlalu emosinal kerana kita perlu lihat daripada segi ekonomi negara, perniagaan dan pulangan. Kalau penganjuran itu tidak memberi pulangan positif kami bertanggungjawab membentangkan kepada kerajaan bahawa pelumbaan ini tidak lagi memberi impak positif seperti yang kita harapkan dahulu.
“Kita tidak mahu membebankan kerajaan dan mungkin dana yang diperuntukan itu dapat digunakan untuk kebaikkan pembangunan sukan permotoran negara lain,” ujarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sinagapore pun sama - ura2 tak mahu sambung kontrek. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi. Holiday bini sanun over the sea not Kuala Lumpur boleh pula. Nak
Bagitahu duit membazir tengok diri dulu lah.
Boss AAM boleh holiday sana sini. Tonggak sana sini. Akhirnya co itu muflis. Kasihan ex workers. Semoga Ex Workers diMurahkan Rezeki & Kesihatan yang baik. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Owh guna duit kerajaan rupanye. Ingatkan ada organizer lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini spork punya litar F1
|
|
|
|
|
|
|
|
Abeh trek kat spg tu nk buat apa? Jd hiasan? Aku rasa byr gaji nazri ni lg rugi drp anjurkan F1 |
|
|
|
|
|
|
|
Klu dah tau dari dulu x menguntungkan napa ler x dihentikan awal-awal... Ni dah nazak baru ler ... Guna duit rakyat mcm duit mak bapak dorang sendiri jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
litar sepang bole convert jadi litar rekreasi
paling tak tempat berselfie |
|
|
|
|
|
|
|
Time bang jib je semua benda merugikan negara! hmmmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
lepas tarik ni, chances nak anjur smeula F1 macam zero sebab F1 biasa xkan amik dah |
|
|
|
|
|
|
|
kambeng_masam replied at 22-11-2016 08:45 AM
litar berselfie?
anyways, kat SIC masih banyak events yg dibuat tapi takde ...
ye uol...sambil2 jogging kat litar bole check in location,selfie 7-8 kali,upload kat insta
di samping itu adik2 sekolah rendah/acik2 yg datang dari luar bandar pun bole tour around d litar,
charge sorang rm20 untuk menjana pendapatan |
|
|
|
|
|
|
|
PAP di temasik juga akui yang sama
SIC wajar tumpu pada acara lumba motor dan kereta lain
yang kurang kos, sebaliknya lebih menguntungkan selain F1 |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak ngaku takde untung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
sape tah minat f1 tu..
baek layan motogp..
kona baring |
|
|
|
|
|
|
| |
|