CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
 Author| Post time 26-7-2017 09:20 AM | Show all posts
Akoobabes replied at 25-7-2017 09:35 PM
By the way, just nak tahu, pernah tak anyone kat benang ni, mengalami peristiwa pelik2 kat opis masi ...

waaaa....
Babe... klu kami iban, bila matahari nak terbenam, klu langit merah atau kuning,
mmg tak dibenarkan berada diluar rumah..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 10:10 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 26-7-2017 09:20 AM
waaaa....
Babe... klu kami iban, bila matahari nak terbenam, klu langit merah atau kuning,
mmg t ...

kadang2 disebabkan kerja, masa balik rumah mesti somewhere around maghrib.

Dah time2 tu dorang punya turn nak turun bekerja.. huhu


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2017 10:29 AM | Show all posts
Akoobabes replied at 26-7-2017 11:10 AM
kadang2 disebabkan kerja, masa balik rumah mesti somewhere around maghrib.

Dah time2 tu dorang  ...

klu ikutkan waktu Islam...
Waktu Asar adalah sangat tidakdigalakkan untuk melakukan apa2 jua jenis pekerjaan.
ini adalah sebab waktu Asar adalah peralihan waktu siang ke malam bagi Islam.
masa ni juga yang ghaib tu tengah bercelaru mencari arah tuju kerana siang beralih ke malam..
Even berjimak pasangan suami isteri pun tak digalakkan.
Sebab jika tersenyawa, takut yg lahir tu celaru jantina.
Ada logik nya disitu...
Dikampung2, pintu dan tingkap ditutup sebelum Maghrib.
Kenapa kain baju tak elok dibiarkan diluar rumah selepas maghrib?
Biasanya kain baju tersebut kita kena angkat sebelum maghrib.
Sebab dikhuatiri benda2 yang tak elok melekat pada kain baju yang bakal disarungkan ke tubuh badan kita..
Ye la, tadi masa SELEPAS asar, byk yang mencari arah tuju sebelum tibanya Maghrib.


Terima kasih pada seorang hamba Allah yang telah berkongsi pengetahuan ini..


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:58 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 26-7-2017 10:29 AM
klu ikutkan waktu Islam...
Waktu Asar adalah sangat tidakdigalakkan untuk melakukan apa2 jua jeni ...

tido petang time asar pun tak digalakkan sangat, kan babe...

Lagipun, sesiapa yang pernah kena santau/sihir ker, waktu asar selalu nya
dorang akan merasa sakit.. bak kata my mom, start lah rasa dingin angat tok..
kadang2 tu akan rasa tajam, bisa bisa kat badan..




Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 11:13 AM | Show all posts
Akoobabes replied at 26-7-2017 10:58 AM
tido petang time asar pun tak digalakkan sangat, kan babe...

Lagipun, sesiapa yang pernah kena  ...

kamek malas mok backlog..heheh kitak org sarawak juak kah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 11:23 AM | Show all posts
Syazzy replied at 26-7-2017 11:13 AM
kamek malas mok backlog..heheh kitak org sarawak juak kah?

hihi.. auklah

thread anna tok best, plus ada cerita nak kongsi, yalah ada posting dari kamek ya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-7-2017 11:25 AM | Show all posts
Asthma atau Sihir??

Biasa kita dengar tentang penyakit asthma yang merupakan penyakit keturunan. Jika ibu yang asthma, peluang anak2 untuk mendapat serangan asthma adalah sangat tinggi. Tetapi jika ayah yang asthma, peluang tu berkemungkinan 50-50 sahaja. Atau mungkin jika bernasib baik, memang akan bebas dari serangan asthama.

Jika diikutkan dari sejarah kesihatan keturunan dan keluarga aku, memang belum ada seorang pun yang terkena serangan asthma.
Tetapi, entah macam mana secara tiba-tiba mak aku boleh terkena penyakit seakan-akan asthma.
Asal malam jer, mulalah dadanya terasa dihimpit dan sukar bernafas. Setiap kali mak aku cuba bernafas ketika serangan asthma, bunyi macam bunyi kucing.

Pada permulaannya, mak aku hanya berbekalkan minyak panas kerana menyangkakan sesak nafas kerana cuaca sejuk.
Almaklumlah masa tu memang musim hujan di Sarawak. Kadang-kadang hujan tu berpanjangan dari pagi sampai ke malam bersambung ke pagi.
Pendek kata 24 jam tanpa henti. Sekejap lebat, sekejap renyai. Sekejap kilat sabung menyabung, sekejap angin ribut.

Bila awal pagi selepas subuh, kabus tebal menyelubungi perkampungan kami. Sejuk dan nyaman terasa suasana tersebut.
Sejuk macam kat Cameron Highland.

Lepas seminggu, penyakit kesukaran bernafas tersebut dihadapi, makcik aku sarankan supaya mak pergi ke hospital untuk memeriksa kot-kot ada penyakit lain pula.

Dari pemeriksaan doktor, mak aku seolah2 terkena serangan asthma… tetapi bukan asthma yang teruk.

Mak dibekalkan dengan ubat-ubatan dan inhaler. Tetapi, salah seorang petugas kaunter farmasi berpesan, kalau boleh, elakkan menggunakan inhaler kerana takut bertambah mudarat.

Maka mak aku hanya memakan ubat-ubat yang dibekalkan. Serangan asthma tersebut tidak mengira masa dan mengikut kata mak aku, dia boleh tau jika dan bila mana asthma akan menyerang.

Mak akan berasa sejuk bermula dari tapak kaki dan seterusnya naik ke betis, pinggang dan mak akan sesak nafas bila kesejukan tersebut mula mencengkam bahagian dada.

Yang peliknya, dalam cuaca panas pun asthma boleh menyerang.

Diwaktu yang lain pula, mak bermimpi dikejar oleh potongan ketulan daging-daging ular sawa.
Mak kata ketulan tersebut sebesar batang kelapa dan sepanjang lebih kurang 2 kaki setiap satu.
Setelah beberapa kali bermimpikan perkara yang sama, maka mak disarankan untuk berubat dengan seorang pengamal perubatan Islam yang dipanggil Tok Ayah.

Kakak sepupu aku yang bawa mak pergi berubat kerana kakak sepupu aku pernah berubat dengan Tok Ayah ni dan berjaya mengubat penyakit yang dihidapinya.

Menjejakkan kaki buat pertama kali dirumah Tok Ayah, terasa lantai dan dinding bergegar.
Tok Ayah yang tengah duduk bersandar, lekas2 duduk tegak sambil matanya terus tertancap ke wajah mak.

“Kau duduk disitu. Jangan mara lagi’ kata Tok Ayah.

Mak terus berhenti melangkah dan duduk betul-betul di kepala tangga pintu masuk ke rumah Tok Ayah.

Tok Ayah meminta semangkuk air dan 3 biji limau nipis. Terkumat-kamit Tok Ayah membaca jampi serapah.

Selepas itu, Tok Ayah menaburkan garam dan beras kunyit dari pintu masuk ke tempat khas dia mengubat orang.

Selesai upacara tersebut, Tok Ayah menyuruh mak aku melangkah masuk dan berjalan diatas beras kunyit yag ditabur tok ayah dan duduk didepannya.

“Maaf ye nak…tadi tu bukan tok tegur kamu. Tok nampak ada benda yang ngekor kamu.
‘Dari apa yang Tok tenung tadi, benda tu akan meresap ke dalam badan kamu bila2 masa yang dia suka.’

‘Bagaimana benda tu boleh ada dengan saya tok? Dan, dari mana?” tanya mak.

"benda ni salah tuju...salah parking ni" ujar Tok Ayah sambil tersenyum.
Tapi takper..tok akan pantau benda tu dari sini…nanti balik rumah, anak kena berpantang ikut arahan tok.
Ni limau nipis & limau purut buat mandi. Siram dari kaki dan naik sedikit-sedikit sampai kepala.
Air ni kamu minum dan bila tinggal 1/3 dalam botol, tambahkan air lain dan minum selama seminggu.

Jaga pemakanan juga nak. Kalau boleh sepanjang tempoh berubat ni, anak jangan makan daging b**i dan ayam yang tak disembelih.
Faham tak yang tak disembelih?
Maksud tok, beli ayam halal jer.

Lagi satu, jangan keluar rumah lepas Maghrib. Maksudnya jangan keluar malam.
Tempoh berubat ni dalam masa 3 bulan pasal benda tu dah agak lama menumpang dalam badan kamu.
Tok kena singkirkan dan pastikan benda tu tak datang balik menumpang badan kamu.
Tok tengok kamu ni pun bukan orang sembarangan. Ada ilmu juga ni, kata Tok Ayah.

Sesampainya di rumah, mak terus mandi dengan limau yang dibekalkan.
Tidak lupa meminum air yang telah dijampi tadi.
Malam pertama, macam biasa, dinihari mak kena serangan asthma lagi.
Tetapi kali ni, kahak banyak keluar setiap kali mak batuk.
Menjelang pagi, mak dah mula sihat. Ashma berhenti menyerang.
Mak teruskan rutin meminum air jampi dan yang pastinya, setiap kali serangan asthma, kahak mak makin berkurangan semasa batuk.

Seminggu kemudian mak tidak lagi diserang asthma.
Walau bagaimanapun, temujanji mak dengan Tok Ayah bulan depan tetap mak kena pergi.
Mak juga terus berpantang makan..bukan setakat 3 bulan…masuk tahun ni, dah hampir 10 tahun…
Cuma mak nak tahu kalau-kalau Tok Ayah sudi memberitahu siapakah gerangannya yang telah menghantar ‘benda’ tu kat mak aku.

Tapi, macam biasalah….jarang pengubat ni nak bagitau sapa yang pedajalkan kita.
Tapi Tok Ayah tu bagi hint yang benda tu dah tersalah ‘parking’. Sepatutnya benda tu kena kat makcik aku yang kat sebelah rumah tu…

Sebab apa??
jeng..jeng…jeng…tunggu kisah selanjutnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2017 11:26 AM | Show all posts
Akoobabes replied at 26-7-2017 11:58 AM
tido petang time asar pun tak digalakkan sangat, kan babe...

Lagipun, sesiapa yang pernah kena  ...

ye betul babe... mmg tak digalakkan tido waktu asar..
klu nap sekejap 15 mnt takper..
tapi klu mmg sajer tido, tak elok.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 12:04 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 26-7-2017 11:25 AM
Asthma atau Sihir??
Biasa kita dengar tentang penyakit asthma yang merupakan penyakit keturunan. Ji ...

wah tahan pantang eh

macam my mom too... imagine dia dah tak  makan daging rusa dengan ikan terubuk since 1968,
sebab dia sakit time preggy with my eldest sister..

masa tu, mak aku ikut geng sama kem masuk hutan cari sayor hutan, balik dari situ, my mom jatuh sakit,
malam tu dia bermimpi ada orang halus/bunian yang ubatkan dia. Yang dia ingat, orang halus/bunian tu bagitau,
dia tak boleh terus kena daging rusa dengan ikan terubuk, kena bulu/sisik, dan kalau dia termakan, maut jawabnya.

sampai sekarang dah 49 tahun, mak tak makan dua2 makanan tu.


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 02:16 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 26-7-2017 11:23 AM
hihi.. auklah

thread anna tok best, plus ada cerita nak kongsi, yalah ada posting dari kamek ya ...

best owhh...kamek suka ceta2 dari sarawak...best best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2017 02:20 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 26-7-2017 01:04 PM
wah tahan pantang eh

macam my mom too... imagine dia dah tak  makan daging rusa dengan ikan ter ...

tu yg senang kalau kami anak beranak balik Kuching..
Tak risau pasal haram bagai sebab dijamin halal..heheh
jap aku tgh taip sambungan kisah tadi..

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 02:36 PM | Show all posts
Syazzy replied at 26-7-2017 02:16 PM
best owhh...kamek suka ceta2 dari sarawak...best best

ya lah ya...

semadi ngenang ada dak lain nak baca juak, mundak semua posting lam
bahasa kita empun.

Kin kamek duak anna, selang seli kelaka iban, kedung kamek pandey juak ngarut2 kit

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 03:07 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 26-7-2017 02:36 PM
ya lah ya...

semadi ngenang ada dak lain nak baca juak, mundak semua posting lam

kamek actually sik pandey klaka bahasa kitak.. tapi paham hehe kawan byk kan d brunei...

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 03:23 PM | Show all posts
Syazzy replied at 26-7-2017 03:07 PM
kamek actually sik pandey klaka bahasa kitak.. tapi paham hehe kawan byk kan d brunei...

I see, asal mana ??

I went to school in Limbang masa primary 3, so bahasa Brunei paham lah jua.

My aunty, uncles and cousins ada yang rakyat Brunei.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 03:36 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 26-7-2017 03:23 PM
I see, asal mana ??

I went to school in Limbang masa primary 3, so bahasa Brunei paham lah jua. ...

memang asal brunei...tapi kawan2 banyak malaysian
limbang mostly cakap bahasa brunei kan?
kalau di belait ni kebanyakkan cakap bahsa sarawak... sebab dekat miri
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 03:54 PM | Show all posts
Syazzy replied at 26-7-2017 03:36 PM
memang asal brunei...tapi kawan2 banyak malaysian
limbang mostly cakap bahasa brunei kan?
kalau  ...

Yup.. tapi berkarat sudah lah... kalau dengar orang berkurapak, boleh tah paham.

tapi kalau suruh betul2 berkurapak dalam bahasa Brunei, atu surrender lah

Betul kah endak yang ditaip ku ani??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2017 09:11 AM | Show all posts
Akoobabes replied at 26-7-2017 03:54 PM
Yup.. tapi berkarat sudah lah... kalau dengar orang berkurapak, boleh tah paham.

tapi kalau sur ...

i dont speak brunei language that much tapi lurus tah sudah tu kurapak nya hehehe

bah lakas tah sambung kisah seterus nya.... alum di sambung lagi ni hehe

Sis Anna pun belum sambung kisah seterusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 11:49 AM | Show all posts
Edited by Akoobabes at 27-7-2017 12:09 PM

Sis anna still tengah typing sambungan cerita nya ya...

My story lom dapat up lok... as nak interview Cik H  lok...

Masih banyak misteri belum terungkai...

Tapi Cik H dah membuktikan dengan family bahawa, nya selamak tok nang ada gangguan,
Bukan sengaja tarik perhatian..

Banyak benda dah ditunjuk dah ngan family Cik H secara tidak sengaja selalu nya.

Siapa pendamping CIk H?

Dari bayangan mereka yang pandai, pendamping Cik H mengeluarkan aura putih bersih...

So...apa pendapat anda?

I open this for everyone to give their opinion.. for those who have doubts, I won't judge you...

Your opinion is yours, mine is mine.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 12:24 PM | Show all posts
wahh menarik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2017 03:44 PM | Show all posts
Edited by annabellaruz2 at 27-7-2017 04:46 PM

Aku nak sambung kisah pasal sihir tu…



Sebelah kiri rumah kami, bukannya orang lain. Pakcik aku yang merupakan abang kepada abah aku.

Kalau ikutkan melayu, pangkat Pak Ngah la..biar aku panggil Pak Ngah..senang sikit aku nak bercerita..hehehe


Pak Ngah aku ni merupakan pewaris generasi ke 2 tanah pusaka keluarga yang merupakan tapak perkampungan kami. Kalau ada sesiapa yang nak mendirikan rumah baru, kena minta kebenaran dan persetujuan terlebih dahulu daripada Pak Ngah aku ni.


Kalau dia benarkan, maka, bolehlah mendirikan rumah ditempat yang kita nak tu.
Kalau tak, dia yang akan menentukan lokasi yang boleh didirikan rumah.

Yang abah aku bengang tu, masa adik aku nak mendirikan rumah sendiri dibelakang rumah kami, dia bermati-matian tak benarkan. Alasannya, dia nak tanam pokok buah kat belakang rumah kami.

Elehhhh, pokok rambutan masam yang dia punya kedekut nak kasi budak-budak makan pun dah selamat kena tebang...yang ni boleh baca kat benang zaman kanak-kanak aku.


Akhirnya adik aku mendirikan rumah dikampung isteri dia yang terletak hanya bersebelahan dengan kampung kami. Dalam 3 km jer. Naik motor pun tak sempat nak panas ekzoz…hahaha


Dan Pak Ngah ni tak berapa disukai oleh adik beradik kerana dia sangat tamak dan joli sorang-sorang hasil tanah yang dijual. Maksud aku, jangankan adik beradik dia, anak bini pun tak merasa duit hasil jualan tanah.

Adakah patut, dia suh isteri dia aka mak ngah aku cari duit sendiri kalau nak berbelanja. haishhh..
Mana tanggungjawab dia sebagai suami? Dan sebagai bapa, nasib baik anak-anak dia semua dah besar2..beze umur dengan aku banyak tahun juga anak-anak pak ngah ni.

Masa aku masih sekolah menengah, anak-anak dia semua dah habis sekolah dan bekerja.
Ala, kerja-kerja buruh binaan jer kat bandaraya Kuching.


Maaf, bukan berlagak. Atok aku 3 beradik merupakan antara yang terkaya kat area kami tu. Kalau sebut kaya, bukan macam orang sekarang.
Kaya dan harta nya nampak nyata dengan rumah besar, kereta besar, pakaian mahal dan makan mewah. Atok aku tu pula memang bersepah sana sini tanah pusaka.


Tetapi sayang, bila dapat kat anak-anak dia terutama Pak Ngah tu, dah nak habis dijualnya. Dapat kat anak-anak Pak Ngah pun sama juga. Habis tergadai. Nasib baik tanah atok tu dah siap dibahagikan kepada abah aku 6 beradik..Jadi, mereka ada bahagian masing-masing.

Cuma, tanah-tanah tu kebanyakkannya anak-anak Pak Ngah gadaikan kat orang cina yang kebetulan baik dengan abah aku.

Jadi bila anak-anak Pak Ngah tidak mampu menebus balik tanah tersebut, ada sebahagian tanah abah aku yang menebus dari cina tersebut. Automatik, tanah tu jadi tanah abah aku.


Cukup lah kalau aku katakan bahawa kami adik beradik pun dah ada bahagian tanah masing-masing daripada abah aku.

Jadi sebahagian lagi tanah abah aku terutama tanah paya abah aku bagi kebenaran kepada penduduk kampung yang tak mempunyai tanah untuk menanam padi. Bila hasil telah dituai, ada yang memberikan padi kepada abah aku sebagai tanda berterima kasih.


Walaupun abah aku pernah menolak, tetapi tetap juga mereka memberi padi kepada kami. Jika kerap ditolak, takut mereka berkecil hati. Walaupun setakat seguni dua, tetapi cukup banyak bagi kami.


Lagipun, kami sendiri pun ada sawah padi dan kerap menggaji penduduk-penduduk tempatan untuk mengerjakan sawah kami. Disamping mewujudkan peluang pekerjaan, kami juga membantu serba sedikit pendapatan sampingan kepada mereka.


Ye la..kalau nak mengerjakan sendiri memang tak mampu dengan kudrat kami ni. Aku dah merasa sendiri pengalaman mengerjakan sawah padi sejak dari kecil bersama mendiang nenek dan seterusnya dengan mak aku. Pengalaman yang tak mungkin aku lupakan walaupun dan lebih 20 tahun aku tak pernah mengerjakan sawah dengan keluarga aku.



Ok, berbalik kepada kisah di atas tu.


Berlaku perebutan sebidang tanah di antara Mak Ngah aku dengan adik dia. Tanah tu telah digadaikan oleh sepupu aku kepada adik Mak Ngah dengan jumlah RM2000 jer. Semua gara-gara sepupu ni banyak hutang sebab kerap kalah main snooker di pekan.


Awal pagi turun sama seperti orang yang pergi kerja. Tapi lepas dia hantar bini dia ke tempat kerja, dia sangkut kat tempat snooker tu sampai petang sebelum dia menjemput bini dia balik dari tempat kerja.


Jadi bila dah lama sangat berhutang, adik Mak Ngah nak tanah tersebut menjadi milik dia secara sah. Jadinya memandangkan adik ipar mak ngah ni kerja kat Jabatan tanah dan Ukur, maka senang la untuk dia menukar nama dalam pemilik geran tanah tersebut. Tanah tersebut betul-betul terletak diseberang jalan perkampungan kami dan merupakan kebun lada Pak Ngah.


Semasa projek menaiktaraf jalan raya di penempatan kami, tanah tersebut terletak dilaluan projek tersebut.

Jadinya bayaran pampasan akan dibayar kepada pemilik tanah. Dalam situasi ni, sudah tentulah pampasan tersebut bakal dibayar kepada adik mak ngah. Dengar kata, jumlahnya lumayan juga.


Apabila berita ini diketahui oleh mak ngah, maka berlakulah perebutan ke atas tanah tersebut. Tetapi cara mak Ngah tu tak betul. Dia telah mengupah seorang bomoh untuk menghantar benda tak baik kepada adik dia sendiri. Rasanya kalau tak silap seolah-olah santau dan busung.


Adik ipar mak ngah membawa isterinya berubat dan membalas balik dengan menghantar sesuatu untuk mengganggu Mak Ngah.
Tetapi malangnya..kedudukan rumah kami yang tersangat hampir dengan rumah Pak Ngah (tak sampai pun 2 meter jarak dinding ke dinding), menjadikan rumah kami tempat persinggahan benda suruhan tersebut sebab benda tu terhalang untuk memasuki rumah Pak Ngah secara terus.


Kalau nak masuk ke rumah Pak Ngah, terpaksa masuk dari sebelah depan sebab pintu masuk yang asalnya disebelah kiri telah terhalang oleh dinding ruang rehat ke -2 rumah aku.

Pintu masuk ke rumah kami pula, adalah dari sebelah kanan yang menghala turun & naik bukit iaitu laluan jalan utama penduduk kampung keluar dan masuk kampung. Dikaki bukit tersebut terletaknya sungai yang menjadi sumber air utama untuk mandi manda dan mencuci bagi penduduk kampung.


Dan ruang tersebut memang biasanya menjadi tempat mak aku mengayam tikar.
Agaknya mak aku terkena masa dia tengah mengayam tikar di ruang tersebut la kot.


So sekarang, kedudukan pintu masuk tersebut telah diubah dan ditutup dengan garaj kereta.
Pintu masuk terletak dibahagian depan ruang rehat ke-2.

Yang aku dengar mak aku cerita, mereka saling berbalas menghantar benda2 tak elok sesame sendiri sehinggalah beberapa tahun lepas tu, adik mak ngah berpindah ke tempat lain selepas mendapat pampasan dari kerajaan.


Kesudahannya, memang mak ngah berputih mata ler sebab tanah tu dah jadi milik kerajaan dan duit pampasan pula dapat kat adik dia.


Masa benda ni berlaku, aku dah pun berada di Semenanjung. Tetapi memang risau masa mak aku mula-mula beritahu tentang keadaan dia masa tu.

Kerap pergi ke hospital pagi-pagi buta untuk sedut gas. Tetapi bila doktor check, tak de pula asthma yang teruk.

Aku sebagai anak yang rapat dengan mak, memang risau. Nasib baik adik-adik aku berada di kampung.

Terima kasih la kepada Tok Ayah yang telah mengubat mak aku. Tak tahu apa yang Tok Ayah telah lakukan dengan benda yang menumpang tersebut.

Mungkin dipulangkan balik kepada tuannya ataupun dihapuskan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.839411 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list