Sebelum merancang percutian ke luar negara, orang ramai dinasihati membuat semakan status sekatan perjalanan terlebih dahulu bagi mengelak kesulitan di kaunter imigresen.
Harian Metro melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar menegaskan supaya menjelaskan tunggakan cukai supaya tidak berlaku kesulitan di kaunter imigresen dan semua pintu keluar negara.
Sumber foto: Harian Metro / LHDN
"Ia boleh dilakukan melalui laman sesawang rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) http://sspi2.imi.gov.my.
"emberitahuan tindakan sekatan perjalanan kepada pembayar cukai turut dikeluarkan secara pos berdaftar dan dihantar ke alamat mereka yang berdaftar dengan LHDN," katanya kepada Harian Metro.
Tindakan penguatkuasaan sekatan perjalanan ke luar negara itu berdasarkan peruntukan Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967.
"embayar cukai yang disekat ke luar negara perlu membuat permohonan pelepasan daripada sekatan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh perjalanan ke luar negara," katanya.
Dalam masa sama, pembayar cukai yang gagal menjelaskan tunggakan cukai walaupun sudah menerima notis peringatan juga akan dikenakan tindakan berdasarkan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. - CARI |