|
Sering berasa lesu, lenguh dan bisa pada sendi pasti membuatkan kerja seharian tak sempurna dan selesa gamaknya.
Ada sahaja yang tak kena sehingga boleh menyebabkan sakit kepala dan susah tidur malam juga. Jangan risau, seorang netizen telah berkongsi rahsia turun temurun yang membantu badan kembali segar dan mampu mengelak dari gangguan makhluk halus.
Bahan yang digunakan juga mudah didapati iaitu ais batu dan juga limau nipis atau limau purut.
Begini caranya:
1. Beli 1 pek ais, masukkan ke dalam baldi dan dicampurkan air sedikit dalam baldi itu.
2. Perahkan limau nipis atau limau purut dalam 4 hingga 5 biji dalam baldi itu.
Sebelum mandi dikehendaki membaca:
Surah Al Fatihah 3 kali
Surah Al Ikhlas 3 kali
DAN Selawat 3 kali
Pesannya, jadikan mandian ini sebagai bilasan terakhir setiap kali anda mandi. Hasilnya, badan kembali menjadi segar, sakit-sakit pada sendi juga semakin pulih.
Semoga perkongsian ini berguna buat semua ya! Jangan lupa cuba! - CARI
Foto: Carian google
|
|