Aku ada baca majalah arab ,antara cara pencegahan ialah :
1.Sunat awal iaitu sebelum usia 10 tahun .
2.Berdehem bila kencing.
3.Kencing duduk .
4.Jauhi minuman tidak bersih ( air batu mmg tak bersih )
5.Jangan selalu berjimak.
6.Jauhi seks bebas.
Menurut hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation - WHO), kanser adalah salah satu penyakit global yang kronik yang melanda seluruh dunia. Ini adalah kerana kanser adalah penyebab utama kematian (mortality) dan bebanan (morbidity) di seluruh dunia.
Apa yang lebih membimbangkan lagi, menurut WHO dianggarkan terdapat sebanyak 21.4 juta kes kanser di seluruh dunia menjelang tahun 2030 dan dianggarkan sebanyak l2 juta kematian terjadi setiap tahun.
Ini adalah merupakan satu peningkatan yang sangat drastik dibandingkan dengan hanya 14 juta kes pada tahun 2014. Pada tahun 2012, lima jenis kanser di kalangan lelaki yang tertinggi di seluruh dunia adalah kanser paru-paru, prostat, kolorektal, perut dan hati.
Petanda Kanser Prostat :
Kerap buang air kecil
Aliran kencing lemah
Mati pucuk
Ada darah dalam air kencing
Sakit sewaktu buang air kecil
Sukar mengawal rasa buang air kecil
Sering berasa sakit di pelvis, saraf tunjang, pinggang dan tulang dada
Mengikut kajian ,penduduk Amerika dan Eropah mempunyai risiko paling tinggi berbanding penduduk ASIA.
Di Malaysia pula, kanser prostat berada di tangga keempat senarai penyakit kanser yang biasa dihidapi golongan lelaki dengan 502 kes dilaporkan pada 2007. Kanser yang terjadi dalam prostat ini menyerang kelenjar dalam sistem reproduktif lelaki.
5 FAKTOR RISIKO KANSER PROSTAT
Umur
Lelaki berumur 50 tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat. Hampir dua pertiga daripada semua jenis kanser prostat ditemui pada lelaki umur 65 tahun ke atas.
Diet
Lelaki yang mengamalkan diet yang tinggi dalam pengambilan daging merah atau makanan bersumberkan tenusu tetapi rendah dalam mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan, mungkin mempunyai peluang yang lebih besar untuk mendapat kanser prostat.
Obesiti
Obesiti telah dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat.
Genetik
Risiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.
Hormon
Paras testosteron yang tinggi mungkin mencepatkan lagi pembentukan kanser prostat.
Ini pula nasihat doktor bagi mencegah kanser prostat :
Aktif dalam aktiviti fizikal mampu menurunkan risiko kanser prostat
Menjalani pemeriksaan untuk kanser prostat. Ia mampu mengesan simptom awal masalah pembesaran kalenjar prostat.
Mengambil multivitamin yang mengandungi vitamin D dan antioksidan, terutamanya selenium.
Makan dalam kuantiti sedikit daging merah dan lemak tepu. Diet yang tinggi dalam daging merah dan lemak tepu telah dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk mendapat kanser prostat.
Kurangkan pengambilan produk tenusu. Ada kajian mengaitkan pengambilan kalsium yang tinggi mampu meningkatkan risiko kanser prostat. Ambil kalsium dalam kuantiti yang dibenarkan sahaja dalam sehari iaitu tidak melebihi 1500mg sehari.
Makan lebih banyak sayur-sayuran, terutama tomato . Lycopene iaitu sejenis karotenoid yang terdapat pada tomato dan tembikai mampu menurunkan risiko mendapat kanser prostat.
Mengambil sumber soya dengan kerap. Makanan bersumberkan soya mengandungi genistein, sebuah isoflavon yang membantu mmengekalkan tahap hormon testeron lelaki.
Makan lebih banyak sumber ikan. Ikan yang kaya dengan omega 3 dikaitkan dengan penurunan risiko kanser prostat.
Makan lebih banyak serat.
Amalkan minum teh hijau. Sebatian antioksidan dalam teh hijau yang dipanggil EGCG (epigallo-catechin-gallate ) mampu membunuh sel-sel kanser prostat .