Borges (kiri), Viloria-Paulino(kanan)
Foto: Harian Metro Online
Seorang remaja di Massachusetts, Amerika Syarikat telah menikam rakannya sebelum memenggal kepala dan mengerat kedua-dua lengan lelaki itu.
Dia mengakui perbuatannya beberapa hari selepas kejadian tersebut setelah mayat mangsa yang tidak berkepala ditemui di dalam sungai.
Mathew Borges, 15, didakwa atas tuduhan membunuh Lee Manuel Viloria-Paulino, 16, malah bedah siasat mengambil masa 11 jam disebabkan kecacatan teruk pada mayat mangsa.
Memetik laporan Harian Metro, Borges mengaku melakukan 'sesuatu yang buruk' kepada mangsa dan mengaku mereka berdua ada menghisap ganja sebelum kejadian.
Sementara itu, seorang rakan yang menyifatkan Borges dan Viloria-Paulino sebagai sahabat baik berkata, tertuduh langsung tidak menunjukkan reaksi ketika semua orang bercerita mengenai sesuatu yang terjadi kepada mangsa.
“Memang pelik kerana logiknya, dia sepatutnya menunjukkan kesedihan disebabkan mereka memang sahabat akrab. Borges memang banyak menimbulkan masalah di sekolah,” katanya.-CARI |