View: 14500|Reply: 98
|
"Tanpa Sokongan Peminat Siapalah Saya" - Ayda Jebat
[Copy link]
|
|
“Ada artis menganggap melayan peminat kurang penting. Oleh itu, jangan cemburu kerana saya memberi sepenuhnya kepada peminat."
Menurut pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, hanya dalam masa setahun dia sudah berjaya meraih lebih 10 anugerah, namun pencapaian cemerlang itu adalah mustahil untuk dicapai jika tiada sokongan kuat daripada peminat.
“Saya memerlukan sokongan peminat dan pihak media untuk mempromosikan muzik diperjuangkan. Kalau bergantung kepada media sosial saja memang tidak cukup,” katanya kepada Harian Metro.
Ayda akui dia meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan pengikutnya di media sosial setiap hari kerana baginya, peminatlah yang akan mengundi artis apabila ada anugerah dianjurkan.
Media sosial digunakan sepenuhnya oleh Ayda bukan sahaja untuk melayan peminat, malah dia turut mencari maklumat berkenaan dirinya di laman sosial.
“Selepas mengunjungi tempat awam seperti pusat beli-belah, saya akan mencari nama sendiri di Twitter untuk mengetahui sekiranya ada peminat berkongsi sesuatu mengenai saya.
“Tidak salah artis mencari nama sendiri di Internet kerana dapat mengambil komen peminat untuk memperbaiki kelemahan diri. Pada masa sama, ini bermakna saya menyedari apa orang sekeliling bercakap mengenai saya,” katanya.
Sementara itu, bukan satu, malah tiga trofi berjaya dirangkul Ayda Jebat pada malam kemuncak Anugerah Melodi 2016, Sabtu lalu.
Sumber foto: IG Ayda Jebat
Bukan itu sahaja, malah Ayda juga berjaya mengatasi artis nama besar dalam industri muzik yang tercalon dalam kategori Personaliti Muzik Melodi, Personaliti Media Sosial Melodi dan anugerah utama Personaliti Artis Sensasi Melodi 2016.
Tahniah Ayda kerana berjaya meraih pelbagai anugerah. Semoga terus bergiat aktif dan memberi sumbangan dalam industri seni tanah air. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Fina mampu gigit jari kuku sampai patah je la kan tengok kemahsyuran kakak sheol? |
|
|
|
|
|
|
|
Erm..klu pilihan peminat mmg ko le menang wahai aj.tgk time nama dia diumumkn sbg pemenang, retis n celebriti yg dtg x teruja pon.kecuali peminat sheiols yg terjerit2.so berbangga lah anda punye peminat yg rajin mengundi.selayaknye la ko hargai peminat. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ramai porumer maki dia jap lagi ni...
Akak hepi je kau baik ngan peminat dek..walau suara haus tp lagu hang catchy.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu terbaru dia sendu ja??? |
|
|
|
|
|
|
|
bgusla baik dgn peminat.. |
|
|
|
|
|
|
|
-abp
- meletop era
-anugerah melodi
Kau jaga peminat buat publisiti murahan mmg itu je la anugerah yg kau dapat |
|
|
|
|
|
|
|
Cemerlang ke?
Ok lah mase ni kau disanjung dipuja puji dek manusia .org yg hidup nye hadap dgn sanjungan org tak akan dpt bertahan lame .unless kalau kau ade good team yg bijak carik and review peluang2 yg betul2 boleh push kau. Paham2 lah industri melesia ni kecik .good luck to you! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kakasotong2 at 12-12-2016 03:01 PM
Yg penting ko matang dekkk ayda. Itu aku suka. Pandai handle situasi dan masalah. Mintak maaf bila buat salah, jenis xlayan provokasi org, buat hal sendiri. Perangai attitude ko ok, ko jaga hub dgn peminat mmg jauh la ko menapak dlm industri walau suara ko haussss di aidilfitri dekk
Perangai mak ayah pn ok, x mencapap pprt xsombong membongak memperlekehkan anak org perasan anak sendiri bagos. Alhamdulilah syukur ko dek ayda mak ayah xlebih sudu dr kuah. |
|
|
|
|
|
|
|
Zarul kena belajar dgn ayda jebat hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak baik dgn peminat kang mana nak dpt job ?? stesen tv pun gam, produser pun takleh amek berlakon.
mudah sgt hapal sifir ko ni ayda |
|
|
|
|
|
|
|
Anugerah syok sendiri pun nak bangga |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni byk gak kan jd duta la jurucakap la.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak best la AJ ni. macam takde apa yg menarik tentang heols. berlakon biasa2. nyanyi live hauk. kuat menyampuk taim kena interview. ahad lepas selamba dia menyampuk taim AG tengah interview Afghan kot melodi. hello berani ko potong cakap Afghan? dia tu setaraf diva taw... nasib baik Afghan aman2 je tak marah. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dah keje ko cemerlang sangat, awat yg drama dgn sharnaz haritu rating merudum dikkkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
“Selepas mengunjungi tempat awam seperti pusat beli-belah, saya akan mencari nama sendiri di Twitter untuk mengetahui sekiranya ada peminat berkongsi sesuatu mengenai saya.
“Tidak salah artis mencari nama sendiri di Internet kerana dapat mengambil komen peminat untuk memperbaiki kelemahan diri. Pada masa sama, ini bermakna saya menyedari apa orang sekeliling bercakap mengenai saya,” katanya.
Rajin ko buat homework dik... |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni mesti ct caras nak duet dgn ko pula ,bersedialah beri alasan jika mahu menolak okeh |
|
|
|
|
|
|
| |
|