CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1548|Reply: 4

Temasya Paling Sempurna, Penganjur Olimpik Rio Gagal Jelas Hutang IPC

[Copy link]
Post time 14-12-2016 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Walaupun sudah hampir empat bulan Olimpik berakhir, nampaknya penganjur Rio de Janeiro masih gagal membayar bil mereka termasuk ASD 3.7 juta (RM16.42 juta) yang dipinjam daripada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).


Sumber foto: AP




Jurucakap IPC Craig Spence berkata kepada The Associated Press (AP) semalam bahawa duit itu dipinjam untuk geran perjalanan di mana ia merupakan sebahagian daripada perjanjian kontrak bagi menganjurkan Olimpik dan Paralimpik.


"Kami tak pernah menghadapi masalah sebegini dengan jawatankuasa penganjur lain apabila lewat membayar geran perjalanan," katanya kepada AP.


Menurut Spence, bil geran perjalanan yang masih belum dibayar itu merosakkan Jawatankuasa Paralimpik negara lain, terutama mereka yang mempunyai nilai bajet kecil.


"Beberapa Jawatankuasa Paralimpik kami yang kecil, yang terpaksa membuat pinjaman bagi membiayai perjalanan pergi ke temasya itu, kini berdepan masalah serius untuk membayar semula hutang mereka," katanya.


Penganjur Olimpik pertama di benua Amerika Selatan itu kini dibelenggu masalah kewangan, perbelanjaan yang dipotong dan kos perbelanjaan melebihi bajet asal.


Pun begitu, pegawai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggambarkan Rio sebagai "temasya paling sempurna, bagi yang tidak sempurna" pada minggu lalu walaupun kerusi penontonnya kosong, berdepan masalah penganjuran dan air di kolam renang bertukar ke warna hijau. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2016 08:41 PM | Show all posts
mohon tok vida bg tajaan bg melunaskan baki bayaran yg tertunggak itu..alih2 nnt boleh tukan brazil flag jd wrn pinkish giteww..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak bila pulak penganjur olimpik rio pinjam duit PIC?

Berhutang, ya.. tapi bukan berhutang sebab pinjam duit PIC.. berhutang sebab gagal bayar geran kepada PIC.. banyak beza tu @cari-mal

Tt paham isu ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk jd tuan rumah Pertandingn Miss Universe pon cecah USD100Juta.. Pilipin sanggup berhabis duit nk jd host Miss Universe 2016..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 11:47 AM | Show all posts
setakat 16 juta x lah banyak sangat....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.328643 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list