CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2168|Reply: 7

Khas Untuk Wanita Hamil, Restoran ANZ Tawar Hidangan Percuma

[Copy link]
Post time 15-12-2016 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Foto: Facebook


Wah, berita baik untuk para wanita mengandung di luar sana kerana pengusaha sebuah restoran di Kuala Lumpur ini menawarkan hidangan percuma selama sebulan!


Pemilik Restoran ANZ, Asseek Ali Mohamed Iqbal mengambil langkah murni tersebut sebagai 'bayaran' nazar kerana hajatnya untuk memiliki zuriat sudah dimakbulkan selepas menunggu selama tujuh tahun.


Foto: Facebook


Menurutnya dia faham benar dengan keinginan makan ibu mengandung yang tinggi dan mengidam pelbagai jenis makanan.


Justeru dengan adanya makanan percuma, semua kehendak dapat dipenuhi dan bakal-bakal ibu ini berpeluang makan apa sahaja secara percuma. Niatnya suci iaitu untuk berkongsi rezeki yang diberikan Tuhan.


Foto: Facebook



Layanan dan servis yang ditawarkan di restoran ini sangat bagus dan pastinya ibu-ibu hamil di luar sana seronok kerana dilayan bak permaisuri.


Jadi ayuh ramai-ramai pakat bawa isteri, saudara mara, jiran-jiran yang hamil untuk datang ke sini ya!



Foto: Facebook




Lokasi: Restoran Anz, kawasan Capital Square, belakang Lulu Hypermarket, berhampiran dengan Masjid Jamek dan Kampung Baru.


Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad (7.30 AM- 8 PM)
-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2016 01:56 PM | Show all posts
Alhamdulillah n tahniah untuk tuan kedai..moga lps neh rezeki akan dimurahkan lg.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sila bawak buku pink skali,takut ade yg menyamar
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 05:27 PM | Show all posts
semoga murah rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 05:52 PM | Show all posts
murninya niat  : )
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 11:05 AM | Show all posts
ala kat mana ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2016 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya tokey kedai bayar nazar kan..klo bini dia pregnant,dia nk jamu ibu2 ngandung ni.rse cm berthn gak bini dia nk pregnant
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 04:55 PM | Show all posts
harap takde la acik2 kepam yg menyamar dengan perut buncit claim mengandung.. bab2 makan ni tak baik menipu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.952388 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list