CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14973|Reply: 108

[EDISI DEWAN BAHASA] Zulin Aziz Dikecam Kerana Kesilapan Mengeja

[Copy link]
Post time 19-12-2016 05:24 PM | Show all posts |Read mode

Pelakon Zulin Aziz berang apabila dikecam netizen hanya kerana terdapat kesalahan ejaan pada perkataan ‘akad’.

Perkara tersebut berlaku selepas Zulin menulis satu status di akaun Twitternya semalam yang berbunyi:

“Nanti lepas aku angkat nikah, aku nak merajuk ngan laki aku! Nak cakap macam ni: Apesal lambat sangat? Berapa tahun I hidup single,” tulisnya.

Status lucu tersebut kemudiannya menjadi hangat apabila ada diantara netizen mula bersikap negatif dan seakan-akan sengaja mencari fasal dengan memberikan komen berbaur provokasi.

Zulin yang tidak tahan dengan sikap netizen itu kemudiannya telah memuatnaik status terbaru di akaun Instagramnya kira-kira sejam lalu.


Menerusi status tersebut, Zulin meluahkan rasa kecewa dengan sikap netizen yang sering mencari kesilapan tanpa memikirkan tentang perasaan orang lain.

Tambah Zulin lagi dia juga tidak menyangka hanya kerana kesalahan kecil tersebut, ramai yang telah menegurnya dengan menggunakan kata-kata kesat dan melabelkannya sebagai artis kurang cerdik.

“Aku sebut ANGKAT walaupun hakikatnya AKAD dan aku tulis ikut ejaan apa aku cakap. Apa isunya?.

“Kau ingat aku tak pergi sekolah ke tak tahu akad tu ape? Suka hati nak kata aku bodoh. Tag aku bertubi-tubi kata aku bodoh. Aku bergurau, dah kenapa jadikan isu tu serius?

“Aku tak faham orang kita ni, kalau salah laju aja nak menghentam, aku tak marah pada mulanya, tapi sampai cakap aku perempuan gemuk, hodoh dah la bodoh mak bapak tak hantar sekolah, itu dah melampau.

“Aku masih boleh bergurau berkenaan isu ni, aku biar je tapi ni sampai tak reti nak respek orang,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zulin juga memberitahu disebabkan perkara itu juga dia bakal memadamkan akaun twitternya dalam waktu terdekat.

Tindakan Zulin itu mendapat pelbagai reaksi pengikut laman sosialnya dan rata-rata meminta supaya pelakon itu bersabar dan menganggap komen-komen negatif yang diberikan itu lumrah kehidupan sebagai seorang artis.
@atkmsr: @iamzulinaziz butthurt mende? Jadi retis biasalah kena nganjing
@nuruliszatiz: @iamzulinaziz alaaa takyah la, buat ap menangkan orang yang kepoh macam tu.. ramai lagi perlukan u dalam twitter ni.. jgn hampakan yg lain please.
@nudramusta: Bagus la @zulinaziz sound.. kalau dibiar bertengkek2 kurang cerdik diaorang tu..Mungkin jgk diorg ni dr genetik yg kurang iq.
@hailkalicious: @iamzulinaziz orang paling kuat dalam dunia adalah orang yg boleh kawal kemarahan dia. So chill lah k
Astro Gempak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2016 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts

????????
Akad or angkat, lawak tu agak hambar anyway.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 05:38 PM | Show all posts
buat taktau jela zulin .

kalau aku , aku cakap jela aku typo,

chill
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 05:40 PM | Show all posts
hohhhh! marah tul akak zulin kita ni.. sabo kak sabooo..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang hp ni dia auto spell berdasarkan vocabs yg kita penah guna dlm memory hp
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Melampau sampai nak kutuk orang tu gemuk, mak bapak tak hantar sekolah
Takat salah 1 perkataan tu je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2016 06:12 PM | Show all posts
haha marah nau kak. dah jadi pun kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 06:17 PM | Show all posts
Eloklah timbul isu ni...

Sebenarnya dalam kehidupan seharian memang banyak orang guna angkat nikah, dan iols SANGAT YAKIN memang diaorang tak tahu beza/BODOH  yang sebenarnya yang betul ialah  akad nikah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2016 06:19 PM | Show all posts
ya tuhan macam ni pun kan create news ea?
pelik betul yang bash zulin ni..

aliff syukri tu lagi lah memanjang kesalahan tatabahasa bahasa melayu mahupun grammatical errors kalau tulis english.. yang ni chuolls tak mau hentam berbakul bakul pula?

menghias=Mengrias
perabot=perabut
anniversary= aneverseri
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_curious replied at 19-12-2016 10:19 AM
ya tuhan macam ni pun kan create news ea?
pelik betul yang bash zulin ni..


DTL spesis bnnu garit

Uols ja antara yg sanggup layan sheolss
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda remeh pun netizens nak bash..dasar netizens kepam!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 06:44 PM | Show all posts
so ayat mana yg betul?

A) Angkat baju dijemuran....
B) Akad baju dijemuran....

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mzz speku sheolls memang ingat selama ni sebutan tu angkat nikah

So yeah...motip meroyan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya rabbi..ni pon nak kecam..macam bagus sgt yg mengecam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
semua nak fefelin gud gud. take a chill, everyone. tu pun nak kecam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 07:11 PM | Show all posts
sebenaqnya...kalau org belah utara mmg ada sebut angkat nikah ni...sebut ja.,.bila tulis..mmg guna word akad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2016 07:11 PM | Show all posts
typo je.aku pun selalu gak typo walau bukan retis
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
bobok_berhabok replied at 19-12-2016 05:38 PM
buat taktau jela zulin .

kalau aku , aku cakap jela aku typo,

yg gigih layan tu dah knp? perlu ke?  
ckp jela tersasul.... sentap sokmo...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 07:17 PM | Show all posts
bahasa baku ye...bukan "bahasa buku"


Aku rasa mmg Zulin xtahu akad tu sebab  bunyi mcm mana gampang pun loghat setempat kita tetap xsanggup tulis mengikut loghat sendiri sungguhpun akad disebut di kampong Zulin sbg "angkat"


Zulin , sebenarnya ko sejak dulu tersalah faham....ko mmg sebut "angkat nikah"



Xpe .....buat bodoh saja...esok2 org lupa lah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
jangan la sentap sebegitu zulin.. tak payah dilayan bbnu tu semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.059932 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list