|
Situasi 1
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Alias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Alias segera mendekati Amin.
Alias: Kenapa menangis?
Amin: Aku datang untuk ujian darah.
Alias: Kau takut ke? Ujian darah aje pun.
Amin: Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari aku.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Budin menangis.)
Amin: Eh, kenapa pula kau menangis?
Budin: Aku datang untuk ujian air kencing
Situasi 1 bersambung
Tersenyum Alias keluar dari bilik rawatan selepas ujian darahnya.
Budin: Si Amin tadi keluar menangis, tapi kau pulak tersenyum sudah kenapa?
Alias: Tadi kan aku buat ujian darah, tapi kapas dan tisu pulak dah habis. Nurse cantik tu hisaplah jari aku.
Budin: OOOO (kata Budin sambil tersengih-sengih)
Alias: Kau tersengih pulak, tadi menangis?
Budin: Kapas dan tisu kan dah habis, aku datang buat ujian air kencing --- he he he --- nurse cantik --- he he he
Situasi Lain
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, lelaki tersebut bertanya:
"Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?”
"Sudah tentu”, jawab doktor.
“Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.
Situasi Lain
Dam!! Pintu pejabat sebuah hopital dihempas. Seorang doktor muda kelam kabut masuk, menggelabah puyuh, berjumpa doktor senior.
Doktor Senior: Kenapa ni?
Doktor Muda: (Termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit. Habislah! Matilah saya.
Doktor Senior: Silap macam mana pulak?
Doktor Muda: Saya tersain nama saya kat punca kematian!
Sumber: Internet
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|