View: 1879|Reply: 5
|
Hasil Siasatan: Minyak Habis Punca Pesawat Terhempas
[Copy link]
|
|
Foto: www.cbc.ca
Siasatan yang dijalankan mendapati nahas pesawat yang mengorbankan 71 orang di Colombia bulan lalu, termasuk berpuluh-puluh pemain pasukan bola sepak Chapecoense Brazil adalah berpunca daripada kesilapan manusia.
Pegawai Colombia menyatakan yang tiada langsung kegagalan teknikal dikesan sekali gus menjadikan juruterbang, syarikat penerbangan dan pengawal selia Bolivia adalah pihak yang bersalah.
Rakaman juga menunjukkan yang pesawat tersebut kehabisan bahan api sebelum terhempas di gunung berhampiran Medellin.
Menurut laporan USA Today, Setiausaha Keselamatan Udara Colombia, Kolonel Freddy Bonilla, berkata pihak berkuasa penerbangan di Bolivia dan syarikat penerbangan menerima syarat-syarat yang dibentangkan dalam pelan penerbangan sebagai "tidak boleh diterima".
Susulan tragedi itu, Ketua Eksekutif Lamia, Gustavo Vargas Gamboa, dan anaknya, bekas pegawai dengan pihak berkuasa penerbangan Bolivia, Gustavo Vargas Villegas, ditahan sementara menanti perbicaraan. Mereka menafikan sebarang salah laku. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Pedih jiwa raga kuarga dengar 'sebabnya'.... |
|
|
|
|
|
|
|
Emmm..Kesiannye la kecuaian sbb minyak habis je..Teruklah company tu kena nanti..
Bertabahlah family yang terlibat tu |
|
|
|
|
|
|
|
minyak abih sebelum sampai destinasi kah?
atau dah sampai tapi terpaksa berpusing2, and tak sempat nak landing minyak abih? |
|
|
|
|
|
|
|
PPRT nya syarikat penerbangan ni.....cash lah kena dakwa nanti kan |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kat iran tu plak terhempas sbb apa?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|